Mesti ramai kat luar tu yang nak kekal cantik dan awet muda kan. Oleh sebab tu kita perlulah kenali khasiat vitamin utk kekal cantik.
Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan dan kecantikan semulajadi.. Sumber vitamin yg paling mudah diperolehi adalah melalui makanan.
Jadi kenalpasti vitamin yg diperlukan dengan melihat simptom2 yg ditunjukkan tubuh dan rawat secara semulajadi melalui khasiat sayuran dan buah-buahan
# Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata.Vitamin A terdapat dalam tembikai,anggur,aprikot,lobak merah,brokoli,keledek,bayam,labu dan telur
#Vitamin B
Mencegah kulit dpd menjadi terlalu berminyak & berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dpt membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit selain metabolisma badan.Vitamin B ada dalam pisang,avokado,kacang,telur,bijiran,ayam,tuna dan kerang
#Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut,luka dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semulajadi yg baik utk kulit. Malah,vitamin C juga baik utk sistem imun tubuh.Vitamin C ada dalam buah-buahan sitrus (keluarga limau,oren), beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli.
#Vitamin E
Membantu mengurangkan parut,radang dan rengsa pada kulit. Selain tu, vit E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani masalah kulit kering dan tidak bermaya.Sumber vitamin E jis buah-buahan,asparagus,bayam,brokoli dan kekacang
#Vitamin D
Membantu kulit memerangi maslah kekeringan, mendapatkan tulang dan gigi yang sihat
Sumber dengan berjemur dibaeah sinaran matahari pada waktu pagi tanpa guna krim pelindung selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3x/seminggu. Selain tu ada dalam produk tenusu, tuna dan salmon
#Vitamin K
Membantu mengatasi masalah lingkaran gelap dibahagian bawah mata.Vitamin K ada dalam bayam,sawi,parsli,daun salad hijau,taugeh,kubis dan brokoli
Haa..setakat ni saja perkongsian untuk kulit cantik. Apa lagi,mulakan penjagaan kulit cantik u olls sekarang lepas baca entry ni yer :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan