Pages

16 Disember 2013

17 petua mencuci hati


Entri kali ni CA nak berkongsi petua-petua bagaimana cara hendak mencuci hati yang diolah oleh Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah.


  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa, turut katakan “Ya Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w minimum 100 kali sebelum tidur – ini merupakan pelaburan yang mudah dan murah.
  3. Solat taubat – selain memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
  4. Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkn jiwa, penyembuh, penenang dan terapi
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari –
  6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif
  7. Program minda/cuci minda – paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “ Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa-apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa
  9. Cuba ingat mati
  10. Kekalkan berwudhuk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahah
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut), jangan dengar orang mengumpat
Haa, sekian sajalah petua untuk kali ni. Sam-samalah kita beramal dan mencuci hati. Semoga kita semua menjadi hambaNya yang beriman, bertaqwa dan sentiasa menjaga hati. Wallahualam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan