9 April 2014

Kelebihan / Fadzilat Berzikir - zikir harian



Fadzilat Fadzilat Zikir

Hafiz Ibnu Qaiyim adalah seorang ulamak yang mahsyur.Beliau menulis sebuah risalah bernama AL WABIL.
Risalah ini menerangkan fazilat zikir.

1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
2. Zikir membawa keredaan Allah
3. Zikir menjauhkan dukacita dari hati manusia
4. Zikir member sinar bahagia
5. Zikir menguatkan badan dan memberi santapan sanubari
6. Zikir memberi sinaran hati dan muka
7. Zikir memurahkan rezeki
8. Zikir membawa kekuatan dan ke hormatan
9. Zikir melahirkan rasa cinta kepada Allah swt. Ia pintu cahaya kasih ilahi
10.Zikir melahirkan hakikat muraqabah iaitu ihsan
11. Zikir membawa sifat zuhud
12. Zikir membawa diri kpd takarrub yakni dekat dengan Allah
13. Zikir pembuka pintu makrifat
14. Zikir dapat membuka hati yang buta
15. Zikir membawa Allah swt ingat pada kita.
"FAZKURUUNI AZKURKUM  + Ingatlah pada ku nescaya aku ingat pada mu"
"ZAKARTUHUU FI NAFSI + Barang siapa ingat Aku dalam hatinya maka Aku ingatkan dia dalam 'hati'KU"
16. Zikir menghidupkan hati yang mati
Kata Ibnu Taimiyah ra perbandingan zikrullah ibarat ikan dan air. Masakan hidup ikan tanpa air

17. Zikir itu santapan ruh
18. Zikir itu pembersih hati
19. Zikir penghapus dosa dan penghindar maksiat
20. Zikir penghapus was was dan ragu ragu
21. Barang siapa yg ingat Allah swt dalam kesenangan, maka Allah swt akan ingati ia dalam kesusahan
22. Zikir mampu melepaskan diri dari azab Allah
23. Zikir penyebab turunnya sakinah
24. Zikir mampu selamatkan lidah dari sifat /ungkapan keji
25. Zikir ialah majlis para malaikat dan kelalaian berzikir membuka kepada majlis syaitan
26. Zikir membahagiakan
27. Zikir menghindari penyesalan makluk di akhirat
28. Zikir merupakan ibadat yg senang dan mudah tapi berat amal kebajikkannya
29. Zikir itu pohon dalam syurga.

Kelebihan zikir yang ringkas, muga yang sedikit tapi manfaat buat kita.
ZIKIR LA ILAHA ILLALLAH

Mustahil tak kalau kita berzikir LA ILAHA ILLALLAH 1000 kali dalam sehari?
Rasanya tak kot. CuBa kita amalkan zikir LA ILAHA ILLALLAH 100 kali selepas solat.

1. Selepas solat sunat qabliyah Subuh (100) + selepas solat fardu Subuh (100) = 200
2. Selepas solat sunat qabliyah Zuhur (100) + selepas solat fardu Zuhur (100) + selepas solat sunat ba'diyah Zuhur (100) = 300
3. Selepas solat fardu Asar = 100
4. Selepas solat fardu Maghrib (100) + selepas solat sunat ba'diyah Maghrib (100) = 200
5. Selepas solat fardu Isyak (100) + selepas solat sunat ba'diyah Isyak (100) = 200

Jadi, 200 + 300 + 100 + 200 + 200 = 1000
Amr bin Syuib meriwayatkan dari bapanya bahawa datuknya berkata bahawa Rasulullah bersada :..

"Bertasbihlah ..SUBHANAALLAH...100kali pagi..dan 100kali petang..
ganjarannya seperti prang yang mengerjakan haji 100kali

"Ucapkanlah ALHAMDULLILAH..100kali pagi dan 100kali petang.
ganjarannya seperti memberikan 100 ekor kuda untuk jihad fisabillah"

"Bertahlillah.. LA ILAHA ILLALLAH..100kali pagi dan 100kali petang..
Ganjarannya seperti memerdekakan 100orang hamba"..

"Bertakbirlah ..ALLAHUAKHBAR..100kali pagi dan 100kali petang..
ganjarannya..tiada siapa mampu menandingi zikirnya pada hari itu"

(hadis al termizi..yang dinilai sebagai hasan)
Jika di amalkan insyallah akan terasa keberkesanannya namun ganjarannya hanya ALLAH SWT mampu menilainya..

*Hadis hasan adalah sama dengan hadis sohih ..berbeza sanad kerana perawinya mungkin  kelalaian atau kurang hafazannya.. Waallahu alam.

Credit to: http://www.e-kedai.com.my/tasbih.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan