GAMBAR: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
Kek yang telah siap (abaikan topping yang comot itu,huhu)
Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ni saya nak share resipi kek coklat yang sedap dan mudah. Kek ini jika dibakar pun ianya lembab, kalau kukus lagi lembab dan lebih sedap bila dikukus. Resipi ini saya dapati dari blog INI,
Resipi asal dalam bahasa inggeris, jadi saya kongsikan resepi kek nya disini ya.
Bahan-bahan
:
2
cawan tepung gandum
2
cawan gula (saya kurangkan kepada 1 3/4 cawan)
3/4
cawan serbuk koko Hershey's (saya guna serbuk koko timbang kedai Bakery)
2 tsp
soda bikarbonat
1 tsp
baking powder
2 biji
telur saiz A
1 tsp
garam
1
cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka/lemon:biarkan selama 5 minit)
1
cawan Mazola vege oil @ minyak sayuran
1 1/2
tsp vanilla extract
1
cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe)
Cara
Penyediaan :
1) Mual-mula panaskan
oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow
baking). Supaya oven dah ready bila nak dibakar. Sekiranya nak dikukus,pastikan air pengukus dipanaskan terlebih dahulu
2)Lenser
loyang dengan shortening dan taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan kek melekat atau gunakan kertas baking.
3)Pukul telur dan gula hingga sebati,diikuti semua bahan kecuali air panas. Setelah semuanya sebati barulah air panas dimasukkan. Pada yang menggunakan mixer,boleh putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan sebati. Saya hanya pukul dengan tangan sahaja.
4)Tuangkan
ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Jika cup cake, dalam 20 - 30 minit (mengikut oven masing-masing) dan pastikan menggunakan cawan kertas khas untuk cup
cake.
5)Jika menggunakan pengukus,pastikan loyang ditutup dengan aluminium foil atau balut tudung periuk dengan kain cotton bagi mengelakkan air jatuh dan masuk ke dalam adunan kek. Kukus selama 30 minit bagi bekas kecil atau 45 - 60 minit bagi adunan di dalam loyang.
6) Cucuk
kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih,
maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah
melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan
uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan
kek sebelum dinikmati atau dihias.
Buat dua-dua sekali, bakar dan kukus
Cup cake untuk di bakar
Cup cake setelah dibakar
Kek yang dikukus
Hasil kek yang dikukus lebih gebu dan moist
Hasil kek yang dibakar,tetap moist walaupun bakar
Icing untuk cupcake
Untuk topping coklat (resepi Anis Kek Coklat):
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu kemudian kacau. (sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream, fresh milk atau kurangkan serbuk koko). Dah masak boleh lah hias kek.
Okay, sampai disini saja resepi kali ini. Sekiranya ada apa-apa yang nak ditanya boleh lah pm atau whatsapp saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan