Pages

8 September 2015

ENTRI 13: KEDAI-KEDAI ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI

 TEKS: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
GAMBAR: ATIQAH HANUM BINTI HARUN

 Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ini memang nak cerita tentang online saja. Saya memang suka sangat-sangat membeli barang 'thru' online ni. Memang mudah, jimat masa dan tidak penat. Lebih-lebih lagi saya asyik sibuk sahaja sekarang ini kan jadi memang menggunakan kemahiran jari jemari 100% untuk membeli belah, hehe. Sepanjang tahun ini dah berpuluh transaksi online yang saya buat untuk membeli belah. Mungkin masih ramai yang takut nak shopping online ni kan sebab takut kena tipu duit, takut barang tidak sampai la kan.. Samalah saya tapi saya jenis main redah saja sebab nak sangat kan tetapi sebelum itu perlu selidik dululah. Setakat ni Alhamdulillah tidak pernah kena tipu lagi setiap kali shopping online. Syukur Allah pelihara. Jadi, untuk sesiapa yang nak shopping online barang baby boleh rujuk kedai-kedai yang saya pernah berurusan ni. Dorang tidak bayar saya komisyen pun promote kedai dorang , just nak sharing dengan semua sahaja.


Untuk persediaan baby semasa mengandungkan Aisyah, saya beli barut dan bedung baby di bedungBarutBaby.com.my  atau page mereka saja. Puas hati saya sebab jahitan dia kemas dan kain pun sedap. Macam kain kat hospital yang balut baby tu. Kualiti dia memang ok sangat. Saya beli 3 kain bedung dan 2 set barut. Kartun-kartun gitu..


Kemudian saya borong pula tilam baby dan beg baby dekat SINI. Harga okay, murah juga jika nak dibandingkan dengan harga di luar kan. Saya ambil set yang ini. 



Tapi saya ambil warna maroon. Ok lah, tilam dia tidak tebal sangat dan tidak nipis sangat. Sedang-sedang sahaja,padan lah dengan harga kan. Termasuk postage semuanya RM130.00 untuk set yang ini. Tahun ini memang shopping online sahaja.


Lagi satu kedai jual baju baby yang ohsem Smithys Kids Wear. Yang ni saya belikan untuk anak buah  baju frozen. Suka sangat sebab baju dia comel. Baju dikedai ni memang semua fashionable untuk budak-budak. Suka sangat!

Comel kan baju ni

Haa..inilah dia anak buah saya yang comel tu.

Oh yer, saya jugak ada beli buku online kat PTS..buku-buku dia memang ohsem! Antara buku yang saya beli Dahsyatnya Doa Isteri. Memang best buku ni.


Saya juga pembeli tegar di Lazada. Saya pernah tolong belikan emak smartphone  di LAZADA! Wuhuu!! Memang murah daripada harga biasa. Asus Zenfone 5. Sewaktu itu saya yang nak tukar smartphone pun tidak tertukar-tukar lagi,ini mak yang sudah tukar dahulu. Haish! Merah lagi warna dia pilih. Advance mak saya . Jangan risau sebab saya mintak LAZADA COD kan hp tu. So tiada takut kena tipu bagai.. Dalam masa 3 hari dah sampai ordernya.



Lagi yang saya suka shopping online ini adalah ebook. Setakat ini memang ebook-ebook yang saya beli tu memang ok sangat. Entri akan datang pula la saya akan update pasal ebook-ebook yang pernah dibeli ya.

Sebenarnya banyak lagi kedai online yang saya pernah shopping tapi tidak teringat la pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan