“cubit nak?Cubit?” sambil mengacukan tangan ku kepada dia. “nanak!nanak!”jawabnya. Oh,faham pulak si kecik ni. Hihi..itulah antara satu pengalaman CA apabila berada di shopping complex apabila dah penat melayan kerenah anak..gigih mengejar bukhari berlari kesana kesini. Anak yang seawall umur 2 tahun itu memang hanya tahu nak bermain sahaja. Berlari ke sana,berlari kesini. Emaknya plak gigih mengejar. Dah maacam main polis and thief plak..haha..
Ahmad bukhari seorang anak yang kuat menangis. Akhir-akhir ni lebih kuat dia menangis dan buat perangai. Tegur sikit menangis,malam tido menangis,siang menangis,lambat buat susu menangis,nak susu menangis,nak air menangis,nak tido menangis. Pendek kata hamper setiap jam dia akan menangis. CA pening kepala memikirkan kehendaknya. Apalah seorang ibu tak faham kehendak anak sendiri. Pernah 2 hari berturut CA dan suami asyik marah dan pukul bukhari kerana dia asyik menangis,mengamuk sambil guling-guling dan hempas badan tanpa sebab. Selepas itu kami merasa teramat bersalah dan berdosa kerana anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Selepas dimarah,mood dia okay dan akan cari kami semula seolah-olah kami tidak pernah menyakiti dan memarahi dia. Alangkah berdosanya kami melayan amanah ALLAH seperti itu. Sejak itu kami bertekad untuk tidak memukul dan marah amanah itu hanya kerana hal yang kecil.
CA pulak gigih minta tolong encik google carikkan kenapa anak umur 2 tahun kuat menangis. Rupa-rupanya….. anak sekecil itu apabila dimarah pada siang harinya dia akan terbawa-bawa didalam tidur pada malam hari. “patotlah bukhari menangis terok macam kena marah sewaktu tidur malam”. Rupa-rupanya aku dah mendera mental dia. Ya Allah,insafnya rasa sambil menampar muka sendiri kerana sakit hati dengan perangaiku sendiri.
Sebenarnya selain dimarah,anak sekecil bukhari 2-3 tahun memang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Setelah CA perhatikan si bukhari ni dia cemburu dengan adiknya aisyah. Almaklumlah,aisyah menyusu badan,sudah tentulah dia melekat je dengan emaknya. Begitu juga bukhari,sewaktu dia menyusu dia nakkan CA baring sebelah dia. Okay nak, sekarang mak dah faham. Bukhari perlukan belaian,perhatian dari emak yer. Sejak CA berikan layanan yang lebih kepada amanah ALLAH ini tiada lagi sakit yang melanda dirinya. Kalau tak setiap malam bukhari mengadu sakit dan tak tahu apa yg sakit sebab tiada apa2 luka pun. Memang ketara sangat perubahan anak CA tu.
Bila dia buat perangai memang kami laki bini akan tegur mulut jer dan tiada apa-apa yang akan hinggap di badan anak kecil itu. Sejak seminggu kami melancarkan kaedah ini,tidur malam bukhari memang lena sangat, Cuma akan menangis nak susu sahaja.
Jadi parents kat luar sana,anak seawall 2-3 tahun ni memang perlukan lebih perhatian. Nampaknya kita sebagai ibubapa ni kena pandai main psikologi dengan diorang lah ye. Bila diorang buat perangai senyum dan sabarkan hati. Sewaktu CA kejar bukhari kat shopping complex,CA kejar sambil tersenyum sebab CA rasa seronok tengok anak kecil itu berlari dengan bontot terkedek-kedek sambil terjerit-jerit. Sikit pun takde perasaan malu malah bersyukur kerana Allah kurniakan anak yang sihat. Biar orang tengok dan mengata, bukan diorang yang menghadapinya. Bahagia rasa bila kejar anak sendiri dalam shopping complex. Laju macam Watson nyambek lari..kihkih.. Tak pasal-pasal CA exercise tapi nape lemak degil ni tak mo pegi.. Hari-hari lah kena kejar bukhari macam ni..hihi..
Jadi sampai sini jelah perkongsian CA di entri ini. Moral of the story bersabarlah dengan anak,marah dan pukul bukan jalan terbaik untuk mendidik anak. Belai,usap,cium peluk perlu menjadi makanan harian mereka tak kira waktu. Tak percaya? Cuba buat selama seminggu , In Shaa Allah memang akan ada perubahan. Semoga Allah menjadikan CA antara orang-orang yang sabar. Ini baru 2 tahun. Akan datang tak tahulah pulak perangai nya. Semoga entri ini akan mengingatkan CA apabila lupa dalam melayan kerenah si anak kecil nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan