Assalamualaikum w.b.t,
Disebabkan dah berbulan komputer kesayangan CA rosak,makanya
hari Isnin kelmarin CA pun telah membuat keputusan untuk menghantar komputer CA
ke kedai komputer untuk dibaiki. Komputer ni HP Compaq Desktop All in 1,masa
zaman bujang lagi CA beli taw u ols. Memang sayang sangat la sebab 1st komputer
hasil titik peluh sendiri beli. Nak jadikan cerita CA pun pergilah hantar ke
kedai komputer Lenovo di Sri Serdang. Sebelum ni memang pernah format kat kedai
tu dan di caj RM100.
Komputer kesayangan CA, 1st komputer ni taw. Gila tak sayang??
Masa kerja MPOB ni beli.
Sampai je kat kedai tu staf dia cek masalah komputer CA dan the
best part of bila dia kata “ini hard disk sudah rosak maa..sebab dia boleh buka
tapi tak boleh loading”. Jadi bermulalah perbualan kami
CA: habis tu apa kena buat?Kalau tukar hard disk mahal ke?
Staf: itu kalau tukar hard disk,sama servis caj RM3++ maa sebab
ini komputer susah mau buka taw
CA: haiyo,mahalnya..xpelah.
Staff: tak apa,akak balik dulu kasi fikir. Sekarang saya tolong
kakak angkat ini komputer masuk kereta la sebab tengok akak bawa tadi pun susah
CA: Erkk! Okay,tq haa
Dengan hati yang berat dan sedih CA pun meninggalkan lah kedai
tersebut.
Tiba-tiba CA teringat yang dekat dalam UPM ada kedai komputer dekat koperasi UPM
tu. Apalagi terus terjah sana lah. MyMaz nama kedainya. Suka sangat sebab tuan
kedai nya peramah dan baik je. Yang paling best dia cakap ada 2 kemungkinan
samada software sahaja yang rosak atau hard disk rosak. Walau apa pun dia kena
cek dulu. Jadi CA bersetuju untuk tinggalkan komputer CA untuk diperiksa oleh
mereka. Dan pagi ini CA dapat panggilan yang komputer CA dah siap, dia cuma
betulkan apa tah dekat hard disk tu sebab kemungkinan sewaktu komputer tengah
running, komputer ditutup. Haa,yang tu betul sebab anak CA si Bukhari tu lah
punya keje buka tutup komputer. Lepas ni jangan harap ye Bawi nak main komputer
mak sebab mak dah ada meja komputer. Ngeh,ngeh..
Eh,eh sebenarnya CA nak bagitahu dia caj RM50 sahaja taw u ols.
Ya Allah,terima kasih Kau selamatkan RM3++ aku dari lebur. Dan CA tukar casing
untuk external hard disk CA pun RM25 sahaja. Haa,CA memang terkejut lah sebab
selama ni format pun kena caj RM100. Jadinya CA sarankan sesiapa yang ada di
Serdang nak repair laptop @ komputer boleh datang ke kedai ni taw. Serius murah
dan cepat. Kedai dia kecil sahaja tapi hati tuan kedai dia besar sebab melayan
kita dengan baik.
Inilah rupa baru external hard disk CA setelah ditukar casing.
Casing dia bergetah,macam sebelum ni CA punya casing warna purple dan aluminium@besi (entahlah tak tahu nak bagitahu
material dia,hikhik)
Nak repair komputer jugak?? Korang boleh datang ke :-
MyMaz Resources Sdn Bhd
Ground Floor, Kompleks Perniagaan Koperasi UPM Bhd,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: 018-6303800
UPDATE 2/10/2017:
Haritu pergi UPM,kedai myMaz ni dah tak ada. Tapi kalau nak repair komputer ada satu lagi kedai komputer dekat SRI SERDANG yang murah dan harga berpatutan. Staf diorang pun sangat mesra dan membantu. Nama kedai tu WAWASAN KOMPUTER. Kedai orang melayu. So far, situ adalah kedai komputer dengan harga servis yang terbaik bagi CA. Oh ye,kedai ni pun ada servis baiki fon dan tab yang rosak taw. U ols boleh survey kedai ni berdepan dengan kedai makan THAI ORI
UPDATE 2/10/2017:
Haritu pergi UPM,kedai myMaz ni dah tak ada. Tapi kalau nak repair komputer ada satu lagi kedai komputer dekat SRI SERDANG yang murah dan harga berpatutan. Staf diorang pun sangat mesra dan membantu. Nama kedai tu WAWASAN KOMPUTER. Kedai orang melayu. So far, situ adalah kedai komputer dengan harga servis yang terbaik bagi CA. Oh ye,kedai ni pun ada servis baiki fon dan tab yang rosak taw. U ols boleh survey kedai ni berdepan dengan kedai makan THAI ORI
So,moral of the story ,Jangan Bagi anak kecil main komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan