Pages

18 Februari 2016

Makan Malam yang simple dan mudah


IMG20160217231409
Assalamualaikum w.b.t ,

Disebabkan malam tadi CA mempunyai tahap kemalasan yang tinggi,jadinya memasak pun jadi malas dan buat semudah yang boleh. Intai-intai peti ais ada lebihan petola yang tidak habis semalam,carrot dan ayam. “Hmm..bagus ni. boleh masak air je. Cincai,yang  penting perut kenyang”. Bermonolog lah CA sendirian sambil mengeluarkan bahan untuk dimasak.
Amaran!! Masakan ini adalah masakan orang malas. Sila jangan kecam CA hokey! Wee.. Winking smile

Jom kita tengok bahan-bahannya:

Sebatang carrot (CA guna saiz pendek je untuk sekali makan)
Setengah batang petola (dah siap siang dan potong)
2 ketul isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (ambil saiz yang kecil sahaja)
1/2 kiub ayam knor
Garam secukup rasa
Air mengikut kata hati Smile

Simple sahaja,meh nengok gambar pula. Malas CA nak bebel panjang-panjang untuk entri ini.

IMG20160217225040
Bahan-bahannya,simple je kan. Ready untuk dimasak

IMG20160217225245
Mula-mula tumis bawang dengan sedikit minyak. Minyak sikit sahaja ya sebab nanti ayam keluakan minyak dia juga. Dah tumis sampai naik bau,masukkan ayam dan sedikit air.

IMG20160217225424
 Lepastu masukkan carrot dan air kemudian biar kan seketika sampai ayam dah masak.

IMG20160217230849
Dah mendidih air masukkan pula petola dan biarkan sampai lembut sayurnya. Dah siap tutup api dan masukkan garam.

IMG20160217231317
Siap!! Ready to eat..nyum..nyum.. Suka anak-anak makan lauk cenggini,hirup kuah lagi..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan