17 Februari 2016
Nak kurus dalam masa sebulan..boleh ke?
Assalamualaikum w.b.t
Mesti ramai kat luar sana insan-insan yang nak kurus cepat kan. Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap yang berisi pasti nak mendapatkan badan yang kurus dan ideal. Sekarang ini memang banyak tips-tips mudah untuk kurus seperti
1) Minum air suam + lemon setiap waktu pagi setiap hari (istiqomah hari-hari taw)
2) Minum air masak 2-3 liter setiap hari,jangan ambil minuman bergula (Untuk tempoh bulan pertama)
3) Minum teh hijau untuk detoks, almaklumlah macam-macam dalam perut tu kan
4) Kurangkan makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi,kentang dll
5) Jangan ambil minuman berais dan bergas (nanti perut buncit)
6) Jangan ambil minuman berkafein
7) Amalkan makan nasi dengan kuantiti segenggam. (Makanlah berapa kali sehari pastikan hanya segenggam)
8) Haramkan makanan bergoreng atau yang masak menggunakan minyak yang banyak! Nak juga boleh goreng guna air fryer (tak tahu sila google hokey)
9) Elakkan makanan bersantan dan berlemak. Nak makan juga? Kuantiti yang sedikit sahaja.
10) Makan protein dari rebusan dan panggang sahaja. (Ayam panggang, ikan rebus, ayam sup. Pastikan kurang garam dan minyak!)
11) Makan banyak hidangan sayur. Terbaik sayur stim atau rebus. Masak air pun sedap juga
12) Makanan segera macam jajan, McD, Kepci dan seangkatan dengannya mohon dikurangkan atau lebih baik tak payah langsung
13) Rajin-rajinlah puasa sunat Isnin dan Khamis. (waktu berbuka jangan bedal macam setahun tak makan plak,huhu..)
Haa, diatas adalah antara tips-tips yang dapat CA kongsikan untuk kurus tanpa bersenam dan ambil apa-apa suplemen. Nampak macam mudah tapi bukan senang ye nak kurus. Lebih-lebih lagi buat ibu yang breastfeed dan bekerja, memang cabaran nak kurus ni kan. Perempuan mana yang tidak mahu kelihatan kurus dan cantik. Nak beli baju pun mudah kan kalau badan kecil.
Ada lagi satu tips mudah CA nak bagi untuk kaum hawa yang nak kurus seawal 2 minggu sahaja. Jawapannya tengok sini . Memang semua ada dekat sini taw.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan