17 Februari 2016

Review Easy Parcel - Kourier barang yang dipercayai. Okay ke tak?

Update terbaru 18/2/2020

Assalamualaikum w.b.t

Easy parcel? Apa itu easy parcel?? Untuk pengetahuan semua, easy parcel merupakan satu platform penghantaran barang/dokumen yang berkolaborasi dengan pelbagai syarikat kourier seperti Poslaju,Skynet,Nationwide Express,Airpak dan banyak lagi.

Oh ye, Easy Parcel ni hanya sesuai untuk mereka yang berbisnes dan parcel sekali hantar lebih dari 5 parcel dan barang yang besar-besar. Tak payah susah-susah heret barang pi pejabat pos. Nanti kourier akan datang pick-up. Kalau korang sekadar nak pos satu barang tak berbaloi ye, baik walk-in pejabat pos beli sampul pra-bayar tu then korang drop je dekat dropbox..lagi mudah. Bukan apa, kalau setakat 1 parcel selalunya kourier tak datang pick-up. Tengok jugak korang pilih kourier apa.

Untuk tahun 2020 ni lagi mudah menggunakan Easy parcel ni. Sebabnya?? Airway bill (AWB) cuma perlu print sehelai je berbanding tahun sebelum ni perlu print 2,3 keping. Lebih-lebih lagi sekarang ni dah ada Pgeon Point iaitu tempat untuk kita drop off parcel selain tunggu abam-abam kourier datang kutip dekat rumah. Antara Pgeon Point Easy Parcel ni 99 Speedmart,Cawangan Poslaju, MyNews.com,Caring Farmasi dan banyak lagilah..nanti u ols cek sendiri ye.


Dulu untuk topup kredit kena RM100  tetapi tahun ni paling minimum u ols boleh topup kredit easy parcel RM20 je. Setakat ni CA dah guna sebanyak RM326 untuk penghantaran parcel. Iaitu RM6 caj bagi satu parcel. Haa,jimat banyak kan. Kalau u ols jenis hari-hari keluar parcel segedebuk better ambil VIP pakej,lagi murah caj nya dan dapat flyers free taw.


Disini CA tunjukkan apa yang bestnya kita sign up dengan Easy Parcel ni.


Pendaftaran percuma, sebelum ni dapat RM25 free credit. Now dah takde promosi tu dah. Tapi jangan risau, u ols boleh topup akaun u ols serendah RM20 je. Dapat lah hantar 3-4 parcel kan. 


Langkah yang sangat mudah untuk gunakan easy parcel. Masukkan poskod pengirim dan penerima,berat parcel dan tekan qoute. Dia akan keluar servis kourier yang available dan kita pilih sahaja mana yang berkenan 

 



 Ada diskaun untuk 1kg keatas mengikut pakej topup yang kita ambil. Diskaun dari 5-10%. Jimat banyak! Sekarang ni pulak tengah promosi delivery bawah 2kg hanya RM5.80 jer..biar betul!!


 Ini antara harga penghantaran yang dicaj untuk parcel 3kg. Ini akaun CA ye. Sebab akaun CA biasa jadi caj pun standard rate je. Tapi pigeon tengah offer RM5.80 je untuk delivery. Untuk harga RM6 tu ada expired date taw,tengok pic bawah


Pakej topup RM100

Okay, nampak tak yang CA bulatkan tu. Untuk pakej topup RM300 ni u olz dapat harga caj delivery RM6 tapi selama 3 bulan sahaja. Lepas tempoh tu, rate delivery akan kembali biasa iaitu RM7.90


 Ini antara topup pakej yang disediakan easy parcel. Tengah promosi sekarang ini untuk pakej RM5k keatas dapat free credit RM750,maknanya kalau topup pakej ni,nanti dalam akaun dapat RM5750,pulak tu harga caj delivery RM5.90 tambah lagi 5% diskaun untuk parcel yang beratnya 5kg keatas taw. 



 Ini lah detail delivery parcel CA. Tengok dekat bawah kiri ada basic insuran.




Ini antara parcel customer CA yang dah berjaya dihantar. Semua history boleh cek dekat easy parcel



Boleh tengok maklumat yang kita gunakan samada dah berjaya hantar @ belum senang cek sini. Automatik easy parcel update kan


Yang lagi best sekarang ni Easy Parcel ada sediakan insurans RM50 untuk semua parcel. Premium coverage pun ada untuk parcel yang bernilai tinggi

Nak tengok harga u ols kena log in dulu taw,maknanya kena register dulu lah. Kalau tak register dan log in memang harga yang web paparkan mahal yakmat. Untuk u ols yang bisnes standard2 ikan bilis macam CA boleh lah topup RM100 . Tapi kalau bisnes yang standard2 jerung better topup RM1k, Yang bisnes standard2 paus putih tu elok sangatlah topup pakej RM5k keatas tu. Untung sangat taw,dapat flyers free lagi.


Berminat nak register easy parcel jugak? Sesuai sangat untuk yang berbisnes online tu. Klik sini
Kalau u ols nak tanya tentang easy parcel ni direct wasap CA ye kalau komen takut CA tak perasan
www.wasap.my/60176759849


8 ulasan:

  1. Salam. Nak tanya boleh? Kalau pigeon pick up service reliable tak eh? :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat tempat saya pigeon datang pick up. dia akan contact dulu kita sebelum pick up tu

      Padam
  2. Eh maksud saya pilihan pigeon pick up melalui easyparcel tu. Tq!!

    BalasPadam
  3. Kalo tmpt drop off tu boleh letak anytime ke. Cth dlm order kita pilih tarikh drop esok, tp arini kita dh pergi utk drop

    BalasPadam
  4. Salam nak tanya, untuk cossignment note tu skrg kena print 1 ke 2 ye?

    BalasPadam
  5. Cik, mcm mana nk hntar parcel Pgeon tu buat pertama kali kat speedmart? Kena tanya kaunter tu ke? Sy baru pertama kali nk guna.. jika cik tak keberatan, blh whtsapp utk tunjuk ajar pd sy.. 0176107570 Fiqa

    BalasPadam
  6. Cik, mcm mana nk hntar parcel Pgeon tu buat pertama kali kat speedmart? Kena tanya kaunter tu ke? Sy baru pertama kali nk guna.. jika cik tak keberatan, blh whtsapp utk tunjuk ajar pd sy.. 0176107570 Fiqa

    BalasPadam