Semenjak Aisyah berusia 2 tahun setengah ni tetiba datang pe'el nak melekat dekat mommy monster nya ni. Terdetik juga, "aii,lain macam je budak kecil ni. Takkan nak tambah adik kot". Haha, maaf sangkaan meleset ye.
Pantang kalau dah tertidur, mommy monster ni bangun tak ada dekat sebelah dia , tak sampai 20 minit mesti dia pun terjaga. Aduhai lah anak. Masa ni memang banyak kerja rumah tergendala dek penangan melekat si Aisyah ni. Dekat dua minggu macam ni. CA pon rimas.
Bincang punya bincang dengan suami, kitorang pun sepakat la nak beli buaian supaya si kecil tu lena lama sikit. Kononnya nak cari buai secondhand. Bajet bawah RM70-80 la. Almaklumlah dah hujung bulan. Haruslah bijak berbelanja
Survey punya survey harga buai secondhand pun mahal yang amat. Jenuh bukak mudah.my,carousell,search internet kebanyakan nya RM100 ke atas. Ada RM90 tapi keadaan dah tak berapa nak cantik dan kelihatan seperti tidak kukuh. Demand kan,nak secondhand tapi nak cantik dan kukuh. Hehe
Stress kepala ni fikir dekat mana lagi nak cari ni. Tiba-tiba Allah gerakkan hati untuk tengok di shopee my. Scroll punya scroll Alhamdulillah,jumpa buai sama macam secondhand harganya RM100 keatas tu dengan harga RM87 sahaja.
Apa lagi ,tengok review Customer yang dah pernah beli dan rating penjual pun okay. Terus order. Campur poslaju lebih kurang RM91,ada la sen nya. Yang lagi best order hari ni,esok sampai. Jimat kau tak payah nak pergi keluar pusing-pusing redah jem,pergi tempat jauh semata-mata nak dapatkan buai
Alhamdulillah,puas hati la dengan buaian ni. Aisyah pun dah tak terjaga bila mommy monster ni tak ada di sebelah. Sedap benar beradu dalam buaian tu. Lebih-lebih lagi bila ada kelambu tu. Oh ye, kelambu dan kain net buai tu beli di Giant sahaja. Rumah banyak nyamuk haruslah di tutup si kecil tu.
Entri ini bukan untuk mengkondem barangan secondhand,jangan salah faham pula ye. Tetapi kalau boleh dapat barang baru dengan harga yang lebih murah dari harga secondhand apa salahnya kan. Manusia ni kalau boleh semua nak yang baru ye tak. Lebih-lebih lagi untuk anak kan. Semua nak yang terbaik. Cuma untuk suami, isteri baru tu jaga-jaga ye. Tak pasal-pasal kena hempuk karang. Kena tidur luar kau, CA Tak campur. Kihkih
Ish,terpanjang pula celoteh mommy monster ni. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman CA sahaja. Jadinya,sesiapa yang nak cari buaian harga bajet tetapi baru bolehlah bertapa depan Shopee my ye. Tapi kalau nak suruh CA tolong belikan pun boleh,caj RM2 ye.
Buaian di Shopee my
Dah guna. Puashati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan