Pages

13 Februari 2018

KEDAI CERMIN KERETA (WINDSCREEN) MURAH

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t..
Tengok tajuk pun dah tahu kan. Kalau cermin kereta tak retak,CA pun tak hingin ambil tahu benda cenggini. Hihi..dah terkena baru menggagau carik kedai yang murah dan servis okay. Ini untuk area Serdang,Seri Kembangan,Puchong sahaja ye, lain-lain tempat jauh sila cari lain okay..hihi
Nak dijadikan cerita, kereta cermin kereta Iswara CA retak. Kereta legend okay sebab turun temurun dari abah CA tu. Sayang sangat,banyak kenangan. Tak tahulah retak kenapa, tahu-tahu dah ada sejalur garis retak. Mula-mula CA buat tak tahu je dulu..biasalah orang perempuan ni kan bab-bab kereta ni ambil ringan je. Dalam hati “alah, okay lagi ni. Sikit je retaknya” Tiba-tiba satu hari retak dia bertambah menjadi dua retak. Dah macam ranting dah retak nya bersambung. Masa ni pun wat lek wat pis dulu. Sekali tambah lagi satu retak yang hampir membentuk bulatan,apalagi…gelabah yakmat lah CA. Terus cakap dengan hubby, dia kata kena tukar cermin terus..tak boleh nak gam ke apa. Aduh..garu kepala CA..sebab tak ambil insurans cermin pun. Nasib ada emergency savings,so pencarian cermin murah pun bermulalah.

Mula-mula gigih menggoogle kedai cermin kereta murah. PM sana,wassap sini bertanyakan harga. Semuanya tak menepati citarasa CA. Kebanyakannya RM350-400 harga cermin double layer ori. Ada 1 kedai tu lagilah teruk harga.. RM400 untuk double layer ori, RM370 untuk double layer China.. Erkk!! tercekik mak nok,..itu harga cermin sahaja. Getah lain harga taw. Dalam nak give up tu terbaca lah entri seorang blogger ni,entri dia tahun 2010 taw..dia review tentang servis 1 kedai dekat seri kembangan ni Yap Cermin Auto. Jadi CA gigih la google nama Yap Cermin Auto ni, dan keluarlah fb Windscreen Sprecialist Yap Cermin Auto. Klik dekat fb “oh,aktif lagi page dia. Review pun banyak 5 star je. Bagus la ni..Kedai pun buka lagi” jadinya CA pun dengan semangat mesej la kedai ni tanya harga bagai.. dan staf kedai bagitahu sekarang tengah ada offer CNY, cermin iswara double layer ori cuma RM320 sahaja..tambah getah RM15. Getah atas wajib tukar ye u ols setiap kali windscreen ditukar ganti.

Tanya punya tanya dan puashati , CA pun ajak hubby tukar cermin. Rupanya kedai ni berdekatan Aeon Equine Park (pendek kata belakang bangunan Aeon tu lah) . Bangunan kedai yang banyak-banyak tu. Senang je carinya. CA pergi pagilah kan,dalam jam 10 lebih sampai. Sampai-sampai je staf kedai ni sambut dengan senyuman mesra,rasa best lah sebab orang layan kita baikkan.  CA cuma tukar windscreen dengan getah atas je. getah tepi pakai yang lama je,jimaatttt..hihi. Kalau nak tukar 1 set getah baru pun boleh,cuma RM50 sahaja. Tapi CA taknak,hubby mintak tambah tinted atas dalam 6 inci macam tu so tambah RM15 sahaja. Tokey dia bagi yang good quality punya, memang tak silau. Dalam menunggu sejam setengah jugaklah. Tapi tak apa, ada sofa untuk duduk tunggu,ada gula-gula atas meja habis anak CA ngap. Nasib tokey baik siap bagi limau plak tu.

Lepas tu kitorang tanyakan pula harga windscreen persona adik CA. Pun kes retak jugak. Harga windscreen persona double layer ori RM350 siap pasang tak termasuk getah taw. Oklah..murah jugak. Jumlah yang CA kena bayar Cermin RM320 + Getah atas RM15 + Tinted atas 6 inci RM15 : RM350 tepat. CA suka kedai ni sebab dia lekat balik kita punya roadtax,dan segala sticker kemas dan cantik. Pemasangan cermin juga kemas dan penerangan jelas. So CA kongsikan lah gambar-gambar yang sempat CA snap

1d18fc35-f8af-4cd6-a437-768d6e1616fa
Ini kedai nya( pic ni ambil dari fb pages diorang, CA lupa nak snap Smile with tongue out. Huhu
7a5648b5-5dc2-4dc4-9726-5ef1b267138e
Sewaktu kerja-kerja membuka windscreen kereta

836a13ca-9e07-47ca-ab5c-30b750b889af
Sewaktu meletakkan cermin baru

30b45184-c728-4192-b6e8-4bfdbd59ae4e
Pandangan dari tepi. ni dah siap pasang la ni

0632d4ca-5376-44da-8ed0-39ac4b9d83f2
Pandangan depan. Aduh smartnya lah dah tukar cermin baru. Tiba-tiba rasa macam pakai kereta baru..hihi.. Dah siap ni, tak boleh kena air satu hari,tak boleh bawa laju, 60-70km/j sahaja sebab gam baru nak lekat.

a7feac5d-3267-4e1c-a59e-d5ecee84d717
Ini details kedai taw, u ols boleh search je dekat fb or google nama YAP AUTO CERMIN. Keluarlah dia nanti. U ols boleh telefon diorang 0176634811. Janganlah pulak u ols whatsapp CA tanya harga cermin u ols..CA  tak ada jawapan. Kalau CA tokey boleh lah jawabkan..hihi

Nak jana side income?? Klik SINI

Eh,eh u ols..jomlah terjah media sosial CA

9 ulasan:

  1. Berapa harga cermin depan villfire 2015
    Beli shj

    BalasPadam
  2. Berapa vermin belalang hundai geat

    BalasPadam
  3. Sekali lagi diingatkan bahawa kedai ni bukan CA yang punya, jadi berkaitan harga sila tanya tokey kedai ye u ols. CA hanya berkongsi kedai yang pada pengalaman dan pencarian CA harganya berpatutan dan murah. Nombor kedai pun dah diberi jadi rajin2 lah call tokey nya orait

    BalasPadam
  4. Nak tanya, persona adik tu, persona lama atau persona vvt?

    BalasPadam
  5. Salam masa PKP ni susah nak beli sendiri cermin nasib tak baik kereta saga sy cermin depan pecah lah blh delivery tak call sy 0192891207

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...sya Azahari
    Dari sg besi kl
    Nak tanya cermin kereta belakang kereta naza citra thn 2008
    Harga berapa siap pasang

    BalasPadam
  7. Hai u ols, Membaca amalan mulia. Semua info CA dah bagitau dalam entri. Selamat membaca

    BalasPadam