Pengalaman Masuk Wad di Hospital UPM (HSAAS) – Parking, Wad, Makanan & Sleep Test
· By Cik AnumKalau korang tengah cari pengalaman orang yang pernah masuk wad di Hospital UPM, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri sepanjang berurusan dengan hospital ni.
Nama rasmi hospital ni ialah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terletak di Serdang, Selangor. Jangan confius dengan Hosptital Serdang ya, tak sama. Dari segi undang-undang dan pemilikan, ia tetap sebuah hospital kerajaan (milik awam). Bezanya cuma ia bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaliknya ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Universiti Putra Malaysia (UPM).
Aku sebenarnya ada pengalaman banyak kali datang ke HSAAS cuma bagi kemasukan wad aku ada dua pengalaman yang berbeza. Pertama, suami aku pernah warded sebab demam denggi dan bacaan enzim hati dia sangat tinggi. Kedua, aku sendiri pernah datang untuk buat sleep test sebab aku ada masalah berdengkur dan nafas terhenti ketika tidur.
Jadi dalam post ni aku nak cerita daripada pengalaman aku sendiri — daripada parking, jalan nak masuk hospital, keadaan wad, pas penjaga, makanan, caj-caj yang perlu dibayar sendiri, sampailah pengalaman aku menjalani sleep test.
Mana tahu ada yang pertama kali nak pergi Hospital UPM dan tengah mencari pengalaman orang lain. Sekurang-kurangnya boleh tahu sedikit sebanyak apa yang nak dijangka.
Parking di Hospital UPM - Parking Cashless – Ini Penting!
Perkara pertama yang biasanya orang nak tahu bila pergi hospital ialah “Parking senang tak?” . Setakat pengalaman aku, parking di HSAAS agak okay. Hospital ni memang mempunyai banyak tempat parking dan kawasan parking pun luas. Berdasarkan pengalaman aku, 15 minit pertama adalah percuma. Selepas tu, kalau tak silap aku:
2 jam pertama sekitar RM2.50
Jam berikutnya RM1 sejam
Maksimum harian RM20
Tapi aku nak letakkan disclaimer di sini — kadar yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku ingat daripada pengalaman aku. Kadar parking boleh berubah, jadi korang tengok juga papan tanda/kadar semasa bila sampai nanti. Satu benda yang aku rasa korang kena tahu awal-awal ialah parking menggunakan sistem cashless. Jadi jangan datang dengan duit cash sahaja. Kalau nak senang, standby: Kad debit/kredit atau Kad Touch 'n Go yang ada baki
Kalau nak guna Touch 'n Go, aku lagi suka cadangkan guna kad yang boleh ditambah nilai melalui telefon, sebab lebih mudah kalau baki dah nak habis. Aku cakap macam ni sebab sepanjang pengalaman aku dekat hospital, aku tak perasan ada tempat untuk top up Touch 'n Go. Jadi jangan tunggu sampai nak keluar parking baru sedar baki tak cukup. 😂
Kalau ada pembaca yang pernah jumpa tempat top up Touch 'n Go dalam kawasan HSAAS, bolehlah share dekat ruangan komen. Aku sendiri tak perasan ada tempat top up masa berada di sana. Paling selamat, sebelum masuk parking pastikan baki Touch 'n Go memang mencukupi.
Pengalaman Suami Aku Masuk Wad
Suami aku pernah masuk wad sebab demam denggi, tetapi keadaan dia agak membimbangkan sebab bacaan enzim hati dia sangat tinggi. Masa tu demam dah 3 hari tapi tak reda suhunya, malam Sabtu terus ke emergency Hospital UPM ni dan akhirnya dia kena warded.
Bila masuk wad, perkara pertama yang aku perasan ialah keadaan wad agak selesa. Disebabkan hospital ni masih baru, katil dan kebanyakan peralatan pun nampak baru dan elok. Wad yang kami dapat pula merupakan wad yang bercampur antara pesakit lelaki dan perempuan.
Setakat pengalaman aku, seorang penjaga boleh menemani pesakit, tertakluk kepada kebenaran dan prosedur wad. Dokumen orientasi wad HSAAS juga menyatakan hanya seorang keluarga/waris dibenarkan sebagai penjaga.
Pas Penjaga – Hari Pertama Aku Tak Tahu!
Ini antara benda yang aku rasa paling berguna untuk korang tahu kalau first time masuk wad HSAAS. Hari pertama suami aku masuk wad, aku sendiri tak tahu yang penjaga perlu ambil pas. Masa tu anak aku yang berumur 13 tahun yang menjaga ayah dia sekejap. Aku ingat kalau dah dibenarkan menjaga pesakit, boleh terus naik ke wad. Rupanya ada prosedur untuk dapatkan Pas Menunggu/Pas Penjaga.
Pas tersebut perlu diuruskan melalui Bahagian Keselamatan di bawah, sebelum naik lif ke wad. Penjaga perlu mendapatkan Pas Menunggu di Bahagian Keselamatan selepas mendapat kebenaran Ketua Jururawat bertugas. Jadi hari pertama aku memang tak tahu. Hari kedua barulah aku tahu dan pergi ambil pas penjaga. Kalau korang first time datang, bolehlah ingat benda ni supaya tak jadi macam aku. 😅
Anak 13 Tahun Pun Bergilir Jaga
Masa suami aku warded, hari pertama dan kedua aku memang bergilir menjaga dengan anak aku yang berumur 13 tahun. Kalau anak yang nak bergilir menjaga pesakit, berdasarkan pengalaman aku, anak perlu bawa IC dan tunjukkan kepada pengawal keselamatan di bawah.
Kemudian perlu isi borang yang disediakan. Jadi kalau korang nak bergilir menjaga pesakit dengan anak atau ahli keluarga lain, pastikan mereka bawa IC dan uruskan perkara berkaitan pas dengan pihak keselamatan. Sebagai tambahan, HSAAS menyatakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit atas faktor kawalan jangkitan dan keselamatan kanak-kanak.
Kalau Pesakit Tukar Katil atau Wad
Satu lagi perkara yang aku belajar masa berada di sana: Kalau pesakit bertukar katil atau bertukar wad, pas penjaga perlu dipulangkan kepada pengawal keselamatan di bawah. Jadi jangan simpan pas tu dan anggap boleh guna sampai habis warded. Kalau ada pertukaran katil atau wad, kena uruskan semula dengan pihak keselamatan. Nak keluar dari kawasan hospital atau balik rumah sekejap pun tetap kena tinggal kan pas tersebut sebab ada masanya sewaktu kita keluar berlaku pertukaran wad pada pesakit dan pas nya pun akan bertukar juga.
Waktu Melawat
Untuk waktu melawat, panduan orientasi wad HSAAS yang aku jumpa menyenaraikan waktu:
12.30 tengah hari – 2.00 petang
dan
5.00 petang – 7.00 malam
Ini adalah waktu yang dinyatakan dalam dokumen orientasi wad HSAAS. HSAAS juga mempunyai maklumat waktu melawat khusus untuk wad umum dan wad eksekutif di laman FAQ mereka, jadi waktu boleh berbeza mengikut jenis wad dan polisi semasa. Jadi kalau korang datang sebagai pelawat biasa, elok semak waktu melawat dengan hospital terlebih dahulu sebelum datang.
Ada Apa Untuk Makan Dekat Hospital?
Kalau korang jadi penjaga, satu benda yang memang tak boleh dilupakan ialah MAKAN! Sebab kalau duduk hospital dari pagi sampai malam, memang tak boleh hidup dengan biskut dalam beg sahaja. Setakat apa yang aku perasan, dalam HSAAS ada kafeteria yang agak selesa. Selain tu, sepanjang aku berada di sana, aku perasan ada beberapa kedai dan tempat menjual makanan.
☕ Kafe Kopi
Ada kafe kopi seperti Gloria Jean's Coffees
📰 Kedai News / Kedai Serbaneka
Ada juga kedai kecil yang menjual makanan ringan dan beberapa barang keperluan.
🌯 Hot & Roll
Ada Hot & Roll, yang menjual makanan jenis wrap/crispy dan sebagainya. Crispy cheese nutella sedap giler. Alamak, meleleh air liur bila teringat!
🍊 Mesin Jus Oren
Ada juga mesin jus oren. Yang ni buah segar yang diproses menjadi jus. So, you got fresh orange juice!
🍱 Gerai-Gerai Kecil
Pada waktu hari bekerja, aku nampak ada beberapa gerai kecil di bahagian dalam hospital yang menjual makanan. Jadi kalau penjaga lapar, taklah kena keluar jauh semata-mata nak cari makanan.
Peniaga Makanan Di Luar Hospital
Dekat bahagian luar hospital pula, aku pernah nampak beberapa peniaga makanan. Kalau tak silap, waktu tengah hari ada yang jual nasi kukus dan makanan lain. Aku rasa lebih kurang sampai sekitar jam 2 petang. Tapi aku tak pasti sama ada gerai-gerai tersebut berniaga setiap hari atau hanya pada hari tertentu. Jadi yang ni memang berdasarkan pemerhatian aku sahaja. Kalau korang pernah datang HSAAS dan tahu hari/waktu gerai makanan ni berniaga, bolehlah share dekat komen supaya pembaca lain pun boleh tahu.
Masuk Wad Guna GL – Tak Semestinya Semua Percuma
Ini pun satu perkara yang aku belajar daripada pengalaman sendiri. Kalau korang masuk menggunakan GL (Guarantee Letter), memang banyak kos rawatan boleh ditanggung. Tapi jangan terus anggap semua benda automatik percuma. Ada sesetengah pemeriksaan atau perkhidmatan yang mungkin dikenakan bayaran sendiri. Dalam kes suami aku, ada pemeriksaan darah yang dikatakan dibuat secara outsource. Masa ujian darah pertama, kami dikenakan caj sekitar: RM105 Kemudian apabila suami aku masih warded, darah diambil lagi. Cek imun pula kos nya sekitar RM500 lebih (optional, tiada paksaan) . Masa nak discaj pula, ada lagi caj sekitar: RM70 (cek darah)
Jumlah keseluruhan rawatan suami aku pula lebih kurang RM2,000 lebih (5 hari warded), berdasarkan resit yang kami terima. Tetapi untuk kos rawatan tersebut menggunakan GL. Jadi kalau korang menggunakan GL, aku cadangkan setiap kali doktor cadangkan pemeriksaan tambahan, tanya dulu sama ada ia cover GL atau perlu bayar sendiri.
Contohnya:
“Doktor, yang ni cover GL tak?”
atau
“Kalau tak cover, berapa cajnya?”
Tak salah bertanya. Sekurang-kurangnya kita tahu awal dan tak terkejut masa nak discharge. Tapi biasanya doktor dan nurse akan bagitahu sebelum kita setuju kerana melibatkan duit kita sendiri.
Pengalaman Aku Bermalam di Wad
Aku sendiri pernah bermalam menemani suami. Kalau tanya selesa tak? Bagi aku, sebagai penjaga orang sakit memang takkan lena. Nak selesa kena bawa kerusi lipat sendiri. Klaau tak tidur duduk lah korang hehe.
Tapi biasalah...
Tidur dekat wad tetap tak sama macam tidur dekat rumah. Ada bunyi nurse datang periksa pesakit, bunyi orang bergerak dan sebagainya. Tapi untuk seorang penjaga, keadaan wad bagi aku masih okay.
Parking Bila Bermalam di Hospital
Alhamdulillah kereta selamat sebab parking dalam kawasan hospital tu ada pengawal yang meronda. Biasanya hari ni aku bermalam menjaga suami,esok paginya aku dah keluar awal sebab nak uruskan anak pergi sekolah. Aku keluar hospital selepas pukul 6 pagi. Masa bayar parking, jumlah yang dikenakan jadi lebih tinggi daripada yang aku sangka. Kalau tak silap, jumlahnya sekitar RM20 lebih, lebih kurang RM24.
Jadi daripada pengalaman aku, kalau kereta ditinggalkan semalaman dan keluar pada keesokan pagi, caj parking boleh bertambah apabila dah masuk tempoh hari berikutnya. Aku sendiri pada awalnya ingat kalau dah capai maksimum harian, caj akan kekal pada jumlah maksimum tu. Rupanya , bila kereta masih berada di situ sampai keesokan pagi, jumlah bayaran boleh jadi lebih tinggi. So, kalau korang warded beberapa hari, ambil kira juga kos parking. Kalau ada kenalan or keluarga yang boleh uruskan pergi balik ke hospital lagi bagus sebab jimat kos. Boleh juga consider Grab kalau kosnya lebih murah dari korang park kereta dalam kawasan hospital.
Dan sekali lagi Pastikan kad debit atau Touch 'n Go ada baki yang mencukupi. Kalau guna Touch 'n Go, lagi senang kalau kad tu boleh top up melalui telefon.
Pengalaman Aku Buat Sleep Test di HSAAS
Selain pengalaman menjaga suami di wad, aku sendiri pernah datang ke HSAAS untuk buat sleep test. Aku buat sleep test sebab aku ada masalah berdengkur dan nafas terhenti ketika tidur. Pada awalnya aku ingat sleep test ni macam masuk wad biasa. Rupanya pengalaman dia agak berbeza. Aku datang dan masuk sekitar: 3.00 petang. Siangnya memang aku duduk diwad biasa dulu. Kemudian waktu malam aku diberikan bilik khas untuk tidur.
Bilik Sleep Test Macam Mana?
Bilik tu bagi aku agak selesa.
Ada:
Katil single
Tandas dalam bilik
Ruang yang lebih privasi
Peralatan untuk merekod keadaan badan ketika tidur
Katil tu pula lebih kurang macam katil single yang kita biasa tengok di bilik hotel. Bukan tidur dalam wad yang ramai orang. Jadi bagi aku, suasananya agak tenang.
🩺 Apa Yang Mereka Buat Masa Sleep Test?
Sebelum tidur, staf akan pasangkan beberapa sensor pada badan. Ada satu alat kecil yang dipasang pada bahagian dada dan diikat menggunakan strap. Mula-mula rasa pelik sikit sebab tidur dengan beberapa alat melekat dekat badan. Tapi lama-lama tidur sahaja macam biasa. Konsepnya lebih kurang:
Datang petang → pasang alat → tidur malam → pagi bangun → buka alat → balik.
Aku masuk sekitar pukul 3 petang dan keesokan harinya sebelum tengah hari dah boleh keluar. Jadi bukanlah kena duduk berhari-hari.
Bayaran Sleep Test
Untuk sleep test aku, aku menggunakan GL. Jadi kos rawatan ditanggung kecuai ada satu bahagian yang perlu bayar sendiri — iaitu saluran yang diletakkan pada bahagian hidung. Kalau tak silap, cajnya sekitar RM15–RM20. Aku tak ingat jumlah tepat sebab aku dah lupa angka sebenar.
Kesimpulan Pengalaman Aku di Hospital UPM
Secara keseluruhannya, pengalaman aku di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM agak okay. Kalau aku nak senaraikan apa yang aku suka:
✔ Hospital nampak moden dan masih baru
✔ Katil dan peralatan nampak elok
✔ Wad agak selesa
✔ Nurse yang aku jumpa ramah
✔ Ada kafeteria dan kedai dalam hospital
✔ Ada gerai makanan pada waktu tertentu
✔ Parking banyak
✔ Ada bilik khas untuk sleep test
✔ Dengan GL, kebanyakan kos rawatan utama boleh ditanggung
Cuma satu benda yang aku rasa korang kena ingat: Jangan assume semua benda cover GL. Kalau doktor cadangkan ujian atau prosedur tertentu, tanya dulu sama ada ia termasuk dalam GL atau ada caj tambahan. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih memilih Hospital Serdang atau Putrajaya dari segi kepakaran dan makanan hospital
📌 Checklist Kalau Nak Masuk Wad HSAAS
Kalau korang atau ahli keluarga kena warded, aku cadangkan standby:
Dan paling penting:
🎫 Tanya pasal PAS PENJAGA sebaik sahaja masuk.
Jangan tunggu hari kedua macam aku. 😂
Korang Pernah Ada Pengalaman di HSAAS?
Kalau korang pernah warded, buat rawatan, jaga ahli keluarga atau pernah buat sleep test dekat HSAAS, bolehlah share pengalaman korang di ruangan komen. Boleh share. Mana tahu pengalaman korang pula boleh membantu orang lain yang bakal pertama kali datang ke Hospital UPM. ❤️
Nota
Post ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi aku ketika berurusan dengan HSAAS UPM, termasuk pengalaman suami aku warded kerana denggi dan pengalaman aku sendiri menjalani sleep test. Maklumat seperti kadar parking, harga makanan, nama kedai, caj pemeriksaan dan prosedur hospital boleh berubah dari semasa ke semasa.
Jadi anggap post ini sebagai perkongsian pengalaman, bukannya kadar atau polisi rasmi hospital. Untuk maklumat rasmi terkini, korang boleh rujuk laman rasmi HSAAS atau hubungi pihak hospital di 03-9769 5500.