18 Februari 2020

RESEPI MUDAH DAN SIMPLE - IKAN BILIS GORENG BAWANG CILI API

Wah, kemain tajuk resepi pun. Saja je lah CA nak share resepi simple dan mudah ni untuk yang takde idea nak masak apa kan. Lauk ni memang akan CA masak waktu tengah takde selera nak makan, atau dah muak makan ayam,ikan. Makan pulak dengan nasi panas-panas chu olz, perghh!! Nikmat yang teramat. Tapi lauk ni sedap makan panas-panas taw. Kalau dah sejuk tak berapa umphh sebab ikan bilis pun dah tak berapa rangup jadi tak krup krap lah nanti

Okay, bahan-bahannya sangat simple.
2 genggam Ikan bilis
1 labu bawang besar
3-4 biji cili api hijau

Caranya:
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Goreng sehingga garing,angkat dan toskan
2. Goreng bawang besar yang telah dihiris sehingga layur. U ols goreng bawang ni sampai nampak bawang ni dah lembik. Minyak jangan banyak taw, cukup sekadar nak goreng bawang ni. Jangan buat macam nak goreng ayam pulak. hehe
3. Masukkan cili, gaul sebati dan tutup api.
4. Tunggu seketika sehingga bawang tadi dah suam baru masukkan ikan bilis dan gaul sebati.
5. Siap! Boleh dihidang dan makan dengan nasi panas. Wallah!


Tadaa..ni lah dia. Eh cili api tu menyorok pulak kat bawah,nampak bawang je. Hihi

Okay gais, selamat mencuba ye

Oh ye, kalau u olz tengah mencari planner yang cute, rare dan penuh ceria berwarna warni boleh tengok planner ni. Kompom u olz berkenan







17 Februari 2020

CUTI KUARANTIN - PENGALAMAN ANAK KENA PENYAKIT HFMD a.k.a SAKIT TANGAN KAKI & MULUT

Hi u ols, entri ni CA nak share pengalaman anak CA kena penyakit HFMD. Alkisahnya dalam tiga orang anak CA,yang si Aira ni satu2nya mencipta sejarah kena penyakit ni. 2 bulan gais CA tak bawak anak-anak pi mall,pasar,taman or tempat yang ramai orang sebab risau terjangkit dengan penyakit berjangkit seperti influenza dengan corona tu tapi bila Allah berkehendak, korang duduk lah rumah macam mana pun sakit lain yang dia bagi. Eh,eh tiber kena HFMD pula, pening kepala mikir macam mana boleh kena..kemain jaga helok anak tapi kena jugak. Huhu

Rutin harian Aira ni hanyalah pergi rumah pengasuh dari Isnin-Jumaat je, Sabtu Ahad memang duduk rumah. Bagi main dekat depan rumah je pun..bila minggu lepas tiba-tiba Aira kena demam tapi waktu malam sahaja taw, siangnya dia okay je badan tak panas or dedar tapi bila masuk jam 5 petang ke atas dia start panas. 3 malam dia demam dan meragam waktu tidur,mak dia pun dah mata panda pi kerja dok layan ragam anak demam. CA fikir dia demam nak tumbuh gigi sebab dia taknak makan dan suka gigit-gigit. Sampai lah hari ketiga dia demam malam tu air liur dia meleleh dan asik tunjuk lidah dia je,sakit. CA bagi ubat demam dan minum air masak banyak tapi tetap sakit.

Esok petang nya naik bintik-bintik dekat tangan dan kaki pulak. Pengasuh Aira cakap dekat montot dia pun banyak bintik naik. Apa lagi,kita google la tanda-tanda HFMD,nape tah tergerak hati nak Google sakit tu. Sekali tepat tandanya. Terus bergegas suh suami hantar pi hospital sebab klinik dah tutup kan. Jumpa je doktor, dan doktor belek tapak tangan dan tapak kaki je sah HFMD sebab ada naik bintik. Tambahan dalam mulut pun ada bintik. Apa lagi doktor suruh cuti kuarantin ye u ols. 

So disebabkan CA penjawat awam maka kenalah isi borang cuti kuarantin dan lampirkan dengan perakuan kuarantin dari doktor. Alhamdulillah CA ambil cuti tu 2 hari (Khamis & jumaat) je sebab lagi 2 hari tu Sabtu Ahad cutikan. So dalam masa 4 hari Aira sembuh. 

So CA share tanda-tanda Aira sakit ye
1) Demam waktu malam sahaja 3 malam berturut-turut
2) Hari kedua demam tak lalu makan
3) Hari ketiga demam air liur mula meleleh dia tak dapat kawal,keluar sendiri so kena sedia kain sentiasa lap mulut. Ada bintik pada lidah
4) Hari keempat keluar bintik-bintik yang jelas di kaki,tangan,montot
5) Hari kelima dah tak demam,lidah masih sakit. Banyakkan minum air masak
6) Hari keenam selera makan dah mula ada,tak boleh makan pedas. Makan sup2 dan berkuah aje sepanjang dia demam
7) Hari ketujuh dah start selera makan,makan tak berhenti. Lidah dah okay,bintik dah tak naik

Jadi tindakan CA bila dapat tahu anak sakit lepas jumpa doktor terus maklumkan kepada bos untuk mohon cuti kuarantin. Sentiasa bagi air masak untuk Aira minum dan tak bagi anak-anak berkongsi cawan dan makanan dengan Aira takutt berjangkit pulak. Pakai hand sanitizer sentiasa

Oh lupa doktor cakap walaupun kita tidak pergi tempat yang ramai orang tapi HFMD boleh berjangkit melalui persekitaran dan melalui haiwan peliharaan seperti kucing. Dekat kawasan rumah CA memang banyak kucing, kucing liar pun banyak. So mungkin masa Aira dok usap-usap tu yang terjangkit. CA bersyukur Allah permudahkan jaga Aira waktu dia sakit ni dan Alhamdulillah atas pengalaman ni. 


Ni perakuan dari doktor ye untuk dapatkan cuti kuarantin. Mommies bekerja wajib dapatkan perakuan ni kalau nak ambil cuti kuarantin sebab kena lampirkan dengan borang cuti nanti.

Okay ini borang cuti kuarantin, boleh google dan download je. Ada dalam pekeliling u ols. So hantar borang ni ye barulah cuti u ols diperakui bos


12 Februari 2020

PELAKON KOREA DRAMA GOBLIN GO SOO JUNG MENINGGAL DUNIA

Terkejut dan sedih CA bila dapat tahu bahawa artis Go Soo Jung telah pun meninggal dunia seawal usianya 25 tahun pada 7 Februari 2020 iaitu pada hari Jumaat lepas. Iya lah, orangnya cantik, muda dan berbakat malahan tidak pernah kedengaran yang beliau sakit. Tup, tup..berita kematiannya tersebar.

Sebelum ini Go Soo Jung pernah membintangi drama Goblin sebagai salah seorang hantu yang sering mengikuti watak Ji Eun-tak di dalam drama tersebut. Pastinya peminat Kpop amat bersedih diatas pemergian pelakon yang berbakat besar ini.

Dilaporkan kematiannya disebabkan oleh penyakit yang tidak diketahui. Mungkinkah sakit jantung? Hmm..sekarang ini tidak kira usia ajal bila-bila masa sahaja datang menjemput. Jadi bagi kita yang beragama Islam ni perlulah meningkatkan amal ibadat. Kpop, Kpop jugak ibadah jangan dilupakan

Semoga aktress korea ini bersemadi dengan aman




INGIN KURUS DENGAN CEPAT DAN TANPA BERLAPAR? YANG PASTI SELAMAT DAN HALAL. KLIK SINI

14 Januari 2020

APA ITU FINGO??


Fingo merupakan sebuah platform shopping online sama saja seperti shoppe, Lazada, lelong.my dan lain-lain lagi. 

Apa yang bestnya FINGO ni?? Haa,ini yang CA nak cerita kat u ols semua. Fingo ni kan baru je beroperasi tahun 2018 jadi barang masih tak banyak seperti dalam shoppe or lazada. Tapi setiap bulan akan ada penambahan produk baru. Paling best bila ada flash sale macam shoppe tu, barang harga RM1 taw. Caj pos semua flat rate RM5 je. Yang bagusnya barang-barang adalah dari warehouse fingo sendiri taw,ada juga barang yang pre-sale tu direct dari warehouse China so take time lah ya. Pihak fingo yang akan poskan barangan yang kita beli tu. Jadi segala kerosakan @ tanggungjawab sepenuhnya dipikul oleh fingo sendiri.  Kalau kita beli kat shoppe tapi barang rosak tak boleh return @ seller buat bo layan kan. Tapi di fingo tak macam tu. Fingo akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas report customer. Kalau barang lambat dari waktu yang diberi korang boleh komplen je dekat customer service dan akan dapat cashback balik taw. 

Ada diantara barangan di fingo yang harganya lebih murah daripada shoppe taw. Siap ada voucher potongan harga. Voucher ni pulak bukan macam kat shoppe ikut kedai baru boleh pakai. Di fingo voucher potongan boleh digunakan untuk kesemua barangan taw. Fuhh,merecik! Memang bestlah app fingo ni. Yang paling penting sekali barang FINGO ni berkualiti taw. Berbaloi beli disini

Yang lagi best tu kita boleh dapat sehingga 10% cashback kalau beli barangan,tapi kena berdaftar dulu lah sebagai shopper. Haa,hat daftar jadi shopper ni sangat sesuai untuk u ols yang kaki shopping online or dropship. U ols belikan barang untuk orang lain,u ols dapat cashback jugak. Cukup jumlah boleh withdraw ke bank taw. Tak pon boleh guna mata tu untuk beli barang kesukaan kita di fingo. Haa,best kan. 

Daftar fingo ni free je u ols, tak payah bayar pape,dapat free lagi voucher adalah. Kalau ada orang kata nak daftar fingo kena bayar,haa hati2lah. Scammer la tu. Nak jadi shopper pun hanya perlu beli barang di fingo sahaja (ada caranya ye,refer CA),tak perlu bayar kepada orang lain. Apa2 yang melibatkan bayaran semuanya antara kita dan fingo sahaja,tiada orang tengah ye  u ols 



Nak daftar fingo free klik je SINI , daftar FREE je siap dapat voucher RM5 lagi. 



Nak borak-borak pasal fingo boleh wasap CA kat sini ye



10 Jun 2019

Motivasi buat diriku

Hidup ini kita akan berjumpa dengan orang yang ikhlas nak tolong kita adalah semasa kita susah. Masa kita susah ni lah baru kita akan tahu siapa yang berkira dan siapa yang ikhlas untuk membantu kita.

Tak perlu bersedih lama-lama. Bangkitlah, kerana Allah sentiasa ada untuk hambanya. Kita hina dimata manusia jika kita miskin tidak berduit tetapi tidak disisi Allah

Maka bersangka baiklah kepadaNya atas setiap apa yang berlaku terhadap kita. Kadangkala amat sukar untuk menempuh esok Hari tapi hadapilallh dengan berani
posted from Bloggeroid

1 Ogos 2018

Losyen Vaseline Terbaik Untuk Kulit Kering & Tumit Merekah

Hai semua, CA yakin ramai kat luar sana yang senasib dengan CA iaitu mempunyai masalah kulit kering. Kulit kering ni,kalau dah kering dia pecah @ mengelupas sakitnya. Aduh, seksa masa tu

CA memang dari remaja ada masalah kulit kering. Bulan setakat kulit muka ke yang kering tapi satu badan u ols. Terutama ya kaki dan kawasan tumit + buku lali. Puas CA cari penawarnya. Last sekali awal tahun haritu CA pun masuk watson dan beli VASELINE INTENSIVE CARE (DEEP RESTORE). U ols ingat senang ke nak beli losyen ni,belek satu-satu taw dalam farmasi tu. Berejam juga lah masa yang dihabiskan hanya untuk sebotol losyen. Hihi

CA pilih vaseline ni sebab dia banyak jenis dan DEEP RESTORE ni memang khas untuk kulit kering u ols. Dan lagi satu sebab CA pilih losyen ni adalah disebabkan ianya NON-GREASY LOTION. Maknanya ianya tidak berminyak,melekit dan terus meresap ke dalam kulit. Dan setakat 4 bulan CA pakai losyen ni memang serasi sangat dengan CA.

Kalau tumit CA kering dan merekah,CA sapu losyen ni dalam 2 hari Alhamdulillah tumit yang merekah tu dah bercantum. So,siapa2 yang ada masalah kulit kering macam CA boleh cuba losyen ni. Berkesan dan bau dia wangi yang amat.


posted from Bloggeroid

13 Februari 2018

KEDAI CERMIN KERETA (WINDSCREEN) MURAH

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t..
Tengok tajuk pun dah tahu kan. Kalau cermin kereta tak retak,CA pun tak hingin ambil tahu benda cenggini. Hihi..dah terkena baru menggagau carik kedai yang murah dan servis okay. Ini untuk area Serdang,Seri Kembangan,Puchong sahaja ye, lain-lain tempat jauh sila cari lain okay..hihi
Nak dijadikan cerita, kereta cermin kereta Iswara CA retak. Kereta legend okay sebab turun temurun dari abah CA tu. Sayang sangat,banyak kenangan. Tak tahulah retak kenapa, tahu-tahu dah ada sejalur garis retak. Mula-mula CA buat tak tahu je dulu..biasalah orang perempuan ni kan bab-bab kereta ni ambil ringan je. Dalam hati “alah, okay lagi ni. Sikit je retaknya” Tiba-tiba satu hari retak dia bertambah menjadi dua retak. Dah macam ranting dah retak nya bersambung. Masa ni pun wat lek wat pis dulu. Sekali tambah lagi satu retak yang hampir membentuk bulatan,apalagi…gelabah yakmat lah CA. Terus cakap dengan hubby, dia kata kena tukar cermin terus..tak boleh nak gam ke apa. Aduh..garu kepala CA..sebab tak ambil insurans cermin pun. Nasib ada emergency savings,so pencarian cermin murah pun bermulalah.

Mula-mula gigih menggoogle kedai cermin kereta murah. PM sana,wassap sini bertanyakan harga. Semuanya tak menepati citarasa CA. Kebanyakannya RM350-400 harga cermin double layer ori. Ada 1 kedai tu lagilah teruk harga.. RM400 untuk double layer ori, RM370 untuk double layer China.. Erkk!! tercekik mak nok,..itu harga cermin sahaja. Getah lain harga taw. Dalam nak give up tu terbaca lah entri seorang blogger ni,entri dia tahun 2010 taw..dia review tentang servis 1 kedai dekat seri kembangan ni Yap Cermin Auto. Jadi CA gigih la google nama Yap Cermin Auto ni, dan keluarlah fb Windscreen Sprecialist Yap Cermin Auto. Klik dekat fb “oh,aktif lagi page dia. Review pun banyak 5 star je. Bagus la ni..Kedai pun buka lagi” jadinya CA pun dengan semangat mesej la kedai ni tanya harga bagai.. dan staf kedai bagitahu sekarang tengah ada offer CNY, cermin iswara double layer ori cuma RM320 sahaja..tambah getah RM15. Getah atas wajib tukar ye u ols setiap kali windscreen ditukar ganti.

Tanya punya tanya dan puashati , CA pun ajak hubby tukar cermin. Rupanya kedai ni berdekatan Aeon Equine Park (pendek kata belakang bangunan Aeon tu lah) . Bangunan kedai yang banyak-banyak tu. Senang je carinya. CA pergi pagilah kan,dalam jam 10 lebih sampai. Sampai-sampai je staf kedai ni sambut dengan senyuman mesra,rasa best lah sebab orang layan kita baikkan.  CA cuma tukar windscreen dengan getah atas je. getah tepi pakai yang lama je,jimaatttt..hihi. Kalau nak tukar 1 set getah baru pun boleh,cuma RM50 sahaja. Tapi CA taknak,hubby mintak tambah tinted atas dalam 6 inci macam tu so tambah RM15 sahaja. Tokey dia bagi yang good quality punya, memang tak silau. Dalam menunggu sejam setengah jugaklah. Tapi tak apa, ada sofa untuk duduk tunggu,ada gula-gula atas meja habis anak CA ngap. Nasib tokey baik siap bagi limau plak tu.

Lepas tu kitorang tanyakan pula harga windscreen persona adik CA. Pun kes retak jugak. Harga windscreen persona double layer ori RM350 siap pasang tak termasuk getah taw. Oklah..murah jugak. Jumlah yang CA kena bayar Cermin RM320 + Getah atas RM15 + Tinted atas 6 inci RM15 : RM350 tepat. CA suka kedai ni sebab dia lekat balik kita punya roadtax,dan segala sticker kemas dan cantik. Pemasangan cermin juga kemas dan penerangan jelas. So CA kongsikan lah gambar-gambar yang sempat CA snap

1d18fc35-f8af-4cd6-a437-768d6e1616fa
Ini kedai nya( pic ni ambil dari fb pages diorang, CA lupa nak snap Smile with tongue out. Huhu
7a5648b5-5dc2-4dc4-9726-5ef1b267138e
Sewaktu kerja-kerja membuka windscreen kereta

836a13ca-9e07-47ca-ab5c-30b750b889af
Sewaktu meletakkan cermin baru

30b45184-c728-4192-b6e8-4bfdbd59ae4e
Pandangan dari tepi. ni dah siap pasang la ni

0632d4ca-5376-44da-8ed0-39ac4b9d83f2
Pandangan depan. Aduh smartnya lah dah tukar cermin baru. Tiba-tiba rasa macam pakai kereta baru..hihi.. Dah siap ni, tak boleh kena air satu hari,tak boleh bawa laju, 60-70km/j sahaja sebab gam baru nak lekat.

a7feac5d-3267-4e1c-a59e-d5ecee84d717
Ini details kedai taw, u ols boleh search je dekat fb or google nama YAP AUTO CERMIN. Keluarlah dia nanti. U ols boleh telefon diorang 0176634811. Janganlah pulak u ols whatsapp CA tanya harga cermin u ols..CA  tak ada jawapan. Kalau CA tokey boleh lah jawabkan..hihi

Nak jana side income?? Klik SINI

Eh,eh u ols..jomlah terjah media sosial CA