16 Disember 2013

17 petua mencuci hati


Entri kali ni CA nak berkongsi petua-petua bagaimana cara hendak mencuci hati yang diolah oleh Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah.


  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa, turut katakan “Ya Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w minimum 100 kali sebelum tidur – ini merupakan pelaburan yang mudah dan murah.
  3. Solat taubat – selain memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
  4. Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkn jiwa, penyembuh, penenang dan terapi
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari –
  6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif
  7. Program minda/cuci minda – paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “ Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa-apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa
  9. Cuba ingat mati
  10. Kekalkan berwudhuk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahah
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut), jangan dengar orang mengumpat
Haa, sekian sajalah petua untuk kali ni. Sam-samalah kita beramal dan mencuci hati. Semoga kita semua menjadi hambaNya yang beriman, bertaqwa dan sentiasa menjaga hati. Wallahualam..



10 Disember 2013

Review Breast Pad Yang Sedap Dipakai



Hai u olls, agak bersawang sikit blogshop Cik Anum yer. Rase macam dah lama x update blog ni. Okaylah, tengok tajuk pon dah taw kan. Today Cik Anum nak share review breast pad mana yang okay for mummys2 diluar sana

gambar ihsan Encik Google


Nak jadikan ceghita, Cik Anum dah guna 2 jenama untuk breast pad i iaitu NUK ..tapi pada Cik Anum breast pad ni x umphh! Why? Sebab pertama pad ni x sesuai untuk heavy duty flow. Sekejap jer dah penuh. X umph langsung. Habis basah baju taw.. Al maklumlah sejak mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee ni kan, badan sihat bertenaga, stress xde, pam konsisten tiap hari dan waktu jadinya susu pun riang gembira la nak keluar mencurah-curahkan. Cewah, macam best jer bunyiknya yer.


gambar ihsan Encik Google


Ok, disebabkan breast pad jenama NUK tak serasi dengan CikAnum makanya Cik Anum pun bertukar kepada jenama Pigeon. Yes, Cik Anum memang suka sangat dengan jenama Pigeon ni bermula dari botol susu ajaib brand ni. Yang tu next entry la Cik Anum cerita yer. Ok, breast pad jenama Pigeon ni sangat-sangat lah Cik Anum sarankan pada u ols, sangat bagus untuk heavy duty flow. Manalah taw ada kes  tak dapat nak pam ikot waktu biasa disebabkan urusan yang x dapat dielakkan, makanya xdelah kes susu tumpah di baju..huhu.. Seriusly memang best taw..

Memang disyorkan sangat guna breastpad ni. Pada mommies2 to be or yang tengah mencari breast pad yang sesuai silakan lah guna jenama Pigeon, kualiti AAA (dah macam bateri pulak yer) . Untuk breast pad jenama lain Cik Anum x pernah cuba lagi tapi Insyaallah kalau ada guna yang jenama lain Cik Anum update yer.



30 Oktober 2013

Apa itu SUPPLEMENT? ~ Yang perlu korang tau beza antara ubat dan suplement



PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......




16 Oktober 2013

Siti Nurhaliza Bertudung Litup ~ Akhirnya Artis Kesayanganku



Alhamdulillah..setelah bertahun2 aku menunggu artis kesayangan aku yang comel lote noh bertudung akhirnya terbukak jugak hatinya untuk bertudung litup. Syukur Ya Allah.. Sangat cantik Siti Nurhaliza bertudung kan


Siti Nurhaliza Bertudung Litup


Giler santek kan,kan,kan












*kredit to Abang Nara ~ I peminat blog u taw. Hikhik. ;)


9 Oktober 2013

Susu Merudum?? ~ Kisah saya


Alhamdulillah..sharing to breastfeed moms.. Jangan sesekali berputus asa utk exclusive/full breastfeed anak kita.

Kisah saya:
Selepas habis pantang, gatalkan x dengar cakap orang tua.. Pegi makan dengan hubby kat kedai order minuman berais..bukan 1@2 kali,banyak kali hokeh! (baru habis pantang tu, x sedar diri langsung,huhu..)

Niat nak naik kerja dah ada stok susu yang banyak untuk baby kan..t...api tetiba susu drop.. Sampai satu masa tu pam memang x dapat ape pun. Baby menyusu pun x puas langsung. Mase tu memang tension giler..

Supplemen memang amek masa ni just consume Vitalea + ESP jerk..tapi orang malas kan, skip2.. Jadinya bila tension mulalah nak marah,tertekan so susu lagilah xmo keluar kan. (Ibu2 jangan TENSION k, nanti susu x keluar)

Lagi 1 minggu nak naik kerja nekad beli ALFALFA dan beli EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP. Start tu disiplinkan diri tetiap hari mesti amek supplement hokey. Alhamdulillah, setiap hari dapat bekalkan 3@4 botol susu 4@5oz (3oz pon ade jugak).

Dan setelah 3 minggu bekerja akhirnya saya dah boleh ada stok lebey,bolehlah simpan untuk kecemasan (manalah taw kene pegi KURSUS jauh2 kan)

Yang paling best dan syioknya masa tgh pam malam tadi. my mom cakap "barulah mak gembira tengok susu banyak macam ni, xdelah risau cucu nenek x kenyang" haha.. Yang paling seeronok tengok bila anak kepuasan menyusu. Yang saya perasan sekarang baby menyusu ckit da cepat kenyang (kalau dulu 5oz boleh habis,sekarang 3 oz da kenyang) dan susu sedikit pekat daripada masa mula2 buat stok dulu.

Bukan nak promote ke apa tapi sapa yang pernah alami situasi macam ni pasti dah rasa beza amek Alfalfa dengan xkan.

Sesiapa yang ada masalah dalam breastfeed boleh tanya saya. Walaupun bukan pakar tapi sedikit ilmu dan tips2 tu adala.. Rugi kalau x beri anak susu ibu. Susu yang paling mulia didunia ni (susu ibu letaknya di dada, susu lembu kat perut..mana lagi hebat?? Kuasa ALLAH ~ petikan ayat dari mak saya..huhu)

p/s: Para suami patot galakkan isteri BF anak coz jimat woo duit x yah beli susu formula.

 


 

5 Oktober 2013

Nak kekal CANTIK?




Mesti ramai kat luar tu yang nak kekal cantik dan awet muda kan. Oleh sebab tu kita perlulah kenali khasiat vitamin utk kekal cantik.

Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan dan kecantikan semulajadi.. Sumber vitamin yg paling mudah diperolehi adalah melalui makanan.

Jadi kenalpasti vitamin yg diperlukan dengan melihat simptom2 yg ditunjukkan tubuh dan rawat secara semulajadi melalui khasiat sayuran dan buah-buahan


# Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata.Vitamin A terdapat dalam tembikai,anggur,aprikot,lobak merah,brokoli,keledek,bayam,labu dan telur



#Vitamin B
Mencegah kulit dpd menjadi terlalu berminyak & berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dpt membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit selain metabolisma badan.Vitamin B ada dalam pisang,avokado,kacang,telur,bijiran,ayam,tuna dan kerang



#Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut,luka dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semulajadi yg baik utk kulit. Malah,vitamin C juga baik utk sistem imun tubuh.Vitamin C ada dalam buah-buahan sitrus (keluarga limau,oren), beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli.



#Vitamin E
Membantu mengurangkan parut,radang dan rengsa pada kulit. Selain tu, vit E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani masalah kulit kering dan tidak bermaya.Sumber vitamin E jis buah-buahan,asparagus,bayam,brokoli dan kekacang



#Vitamin D
Membantu kulit memerangi maslah kekeringan, mendapatkan tulang dan gigi yang sihat

Sumber dengan berjemur dibaeah sinaran matahari pada waktu pagi tanpa guna krim pelindung selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3x/seminggu. Selain tu ada dalam produk tenusu, tuna dan salmon


#Vitamin K
Membantu mengatasi masalah lingkaran gelap dibahagian bawah mata.Vitamin K ada dalam bayam,sawi,parsli,daun salad hijau,taugeh,kubis dan brokoli


Haa..setakat ni saja perkongsian untuk kulit cantik. Apa lagi,mulakan penjagaan kulit cantik u olls sekarang lepas baca entry ni yer :-)



6 Julai 2013

Kisah kelahiran My Lovely baby

Uii..da lame sangat kan x hapdet belog ni..malas la..hehe.. Tapi hari ni rajin sikit sebab badan da lega ckit.

Sebenarnya aku dah selamat melahirkan baby boy pada 4/7/2013 pada jam 3.48petang.. Alhamdulillah, kelahiran anak aku sangat senang.. Mesti semua orang nak taw kan macam mana tanda2 yg aku alami. Sebenarnya pada 30/6/2013 aku dan Incik Suami g jenjalan la ke Aeon Wangsa Maju dan KL festival.. Masa ni kandungan da 39 week okeh.. Tapi xde tanda2 nak bersalin langsung.. Kononnye jenjalan nak bagi mudah dan cepat bersalin la.. Sakit2 ckit jer tapi x kerap. Tapi tanda2 still x kunjung tiba

Nak dijadikan citer, esoknyer plak ikot abah dgn mak g NSK Selayang. 2 jam jugak lah berjalan, parking jauh plak tu pasar tu kan besar jadi memang berjalan saje la kan. Mase ni Incik Suami x ikot pasal dia penat baru balik dari kampung.. Then balik dari NSK da kul 12.30 malam.. Perut da start rase sakit ckit.. Macam nak period tu kan. Pastu tido la..tetiba je rase ade air mengalir.. Aku rasa nak g kencing la.. Sekali tengok ade tompok darah atas katil. Kejut Incik Suami then kitorang yg dah gelabah ni decide untuk g hospital la kan sebab dah bleeding.

Sampai hospital doktpr cek bukaan baru 2cm jer tapi contraction da kerap dan kuar darah bercampur lendir ckit la. So apa lagi..admit wad la kan. 2/7/2013 hokey aku diwadkan,tapi yg klaka tu masuk jer wad darah kuar skit jerk n contraction ilang trus. Time tu macam bengang gak la kan. Due date 5/7 so doktor x bagi kuar.. Oleh sebab aku ni da x larat bawak perut mcm2 ayat aku baca. Air selusuh,air zamzam,minyak selusuh sumer aku minum.. G tandas memang lebih 10 kali la..da jalan byk pun contraction x sakit lagi. Jadinya 3/7/2013 aku da fedup so jadikla pemalas yg duk atas katil saje.. Cume ke tandas jer rajin..

4/7/2013 aku da start rasa something.. Pagi tu cek bukaan baru 3cm..aduh sakit kena seluk x yah cakap la, lepas cek tu buat ctg plak.. Lepas ctg aku rasa nak kencing, g r jalan ke tandas. Alamak, penuh plak.. Berdiri la tunggu.. Sekali kaki gatal la,baru nak tunduk garu kaki tetiba 'bushh' kuar air bercampur darah x renti2. Aku mintak tlg akak yg baru kuar toilet tu panggilkan nurse,nurse cakap air ketuban dah pecah..pastu tunggu lagi pasal x sakit lagi.. Siap boleh jaln p tandas senyum2 dgn pesakit len lagi.. Dorg pon pelik aku x sakit lg.

Masuk ke tengahari je makin kuat contraction tapi sakit kat ari2.. Sakit dia ko boleh rase kepale baby tu turun taw.. Contraction memg xde lgsung rase sakit.. Kul 2 lebih tu sakit kat ari2 da makin kuat, nurse yg tengok aku sakit trus suh aku cek dgn doktor la kan. Sekali cek bukaan da 4cm dan yg mengejutkan kepala baby da dekat pintu taw.. Kiranya dari pagi tadi la kepala baby da kt pintu. Doktor da gelabah suh tolak aku g labour room.. Sampai labour room bukaan da 7cm.. Alhamdulillah suami aku ade teman..pemberi semangat..huhu.. Dalam kol 3 aku ditolak ke labour room, dan alhamdulillah 3.48 ptg kuar la baby boy dengan berat 3.3kg. Aku bersalin normal ok.. Rase nak bersalin tu memg mcm nak berak.. Ko kene teran kuat2.. Memg sakit la.. Tapi bila da kuar ko rase lega sangat2.. Ingatkan sakit da habis kat situ rupenyer kena jahit plak.. Aduhai.. Memg sakitla.. Sebab koyak teruk..1st baby kan..

Tapi bersyukur sgt2 sebab anak alhamdulillah sihat dan baik.. Cume nangis time nak nyusu  dan berak jer.. Keliling bising pun dia buat donno jer..huhu...

28 Jun 2013

Apa itu vitamin?? Perlu ke untuk kita?




Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan prosesprotein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon.

Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

PERLU KE AMBIL VITAMIN NI?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi.

Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.


22 Mei 2013

Edit blog Cute & murah!!

Hi u olls.. lame x update.. Alasan yang same, bz..bz..bz.. Eceh, macam Cik Anum sorang jer yg bz kan..huhu.. Ni sajer nak bagitau blog Cik Anum da berubah wajh..huhu like sgt3x.. Tantik & cute.. Penat da Cik Anum search En. Google tentang servis edit blog yg tantik & murah..



Dekat sebulan jugak la meng'google'kan diri.. At last jumpe gak Tuan Punyer servis yg mantop & cepat nih..huhu.. Sesape yg nak blog kelihatan tomey cam blog Ceik Anum ni (perasan la plak) hehe.. Sila lah contact Che Rose ni ha.. memg best taw, x payah demand lebey2 pon. Bila da siap memang puas hati sangat.. Eh, tengok taw blog dia.. Sure Cik Anum nak pakai lagi servis Che Rose (Nama manja gitu) ni..huhu..



Mesti yang nak blog cute mcm ni x sabar2 kan nak tgok blog Che Rose ni.. apa lagi..klik jer sini .... Ok..

Thanx to Che Rose for diz awesome blog..





16 Mei 2013

Persediaan Barang Baby

Diam x diam, sedar x sedar da 32 minggu kandungan Cik Anum ni... Plak tu lame x update blog.. Almaklumlah..masalah line tenet lagi, tukar tempat keje lagi.. Aduyai macam2 hal.. Kebelakangan ni plak asik sakit perot jer.. Baby plak menendang semacam. Da x lame da dik, nanti keluar la yer..jgn keluar dulu..huhu

Ramai mommies kate kalau da 8 bulan kena siapkan barang sumer dalam beg, nanti sampai mase tinggal capai jer sumernyer.. Tapi  barang Cik Anum x lengkap lg la. Sumenyer kena tggu hubby balik baru boleh shopping same..huhu..

Barang2 baby da lengkap la kebanyakannya.. Alhamdulillah..

Senarai barang baby yg da ada

1. Baju + seluar panjang

2. Pampers

3. Minyak telon

4. Wet tissue

5. Set mandian

6. Losyen + bedak

7. Tuala mandi

8. Barut baby

9. Mitten & booties

10. Topi

11. Bedung (coming soon, x beli lg)

13 April 2013

RESIPI TALAM KELAD SEDAP & MUDAH!

Hai dah berabuk nampaknya blog C.Anum ni.. Lama betol x update..almaklumla selama ni dok kat utan kan jadi semangat tu xde la.. Sekarang ni da pindah bandar..dapat plak tab ni internet laju... Baru la semangat nak memblog kan diri.

Haa, ni C.Anum nak kongsi satu resepi talam keladi yang mudah dan sedap! First time C.Anum buat talam ni alhamdulillah menjadik hasil tunjuk ajar Kak Liza (akak kat tempat keje baru ni la) jadi bagi sesapa yang suka n nak masak sendiri talam ni boleh la try.. Orang2 tua kompem suke..yang x kawen lagi silap2 nak dijadikan menantu nanti.. Ahaks!

Okeyla, dibawah ni resepinyer yer..

LAPISAN BAWAH

500ml santan cair

300gm keladi (keladi purple @ putih)

94gm tepung beras

1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH

1) keladi dipotong dadu dan dkukus @ direbus setengah masak

2) Satukan santan, tepung dan garam kemudian masak diatas api sederhana (sambil dikacau ok) setelah kelihatan agak2 pekat masukkan keladi yang telah dipotong dadu

3) Kacau keladi bersama bahan tadi sehingga setengah masak dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 9"x9"

4) Ratakan dan biarkan ia sejuk selama 10-15 minit yer

LAPISAN ATAS

500ml santan pekat

230gm gula pasir *boleh kurangkan kpd 200gm kalau xnk manis sgt

55gm tepung gandum

4biji telur ayam

Sehelai daun pandan

1/2 sudu teh garam

1/8 tsp Perisa keladi

1/4 tsp pewarna ungu

CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS

1) Santan dimasak bersamamgula,garam dan daun pandan. Kacau atas api sampai gula hancur jgn sampai mendidih, angkat dan kacau @ tunggu hingga sejuk

2) Sementara tu, pukul telur agak kembang, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.

3) Seterusnya campurkan santan yang telah disejukkan tadi, masukkan juga perisa dan pewarna keladi kemudian tapis bancuhan agar x berketul

4) Kemudia panaskan bancuhan lebih kurang 5 minit selepas itu tuang keatas lapisan bawah yang sudah dimasukkan sebentar ke dalam periuk kukus.

5) Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.

*Tips untuk kuih talam yang cantik, lap tudung periuk kukus selang 5 minit untuk mengelakkan tekstur lapisan jadik macam bulan akibat air wap yang jatuh keatas kuih kita tu..

Haa..sekian la resipi untuk kali ini.. Nak bgtaw u olls, untuk sukatan dalam bentuk sudu sila gunakan sudu penyukat yer..boleh beli kat bakeri or supermarket..murah je pon..x sampai lima hengget kalau yang biasa2 tu..