30 Disember 2015

Repair Komputer Murah di UPM, Serdang


Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan dah berbulan komputer kesayangan CA rosak,makanya hari Isnin kelmarin CA pun telah membuat keputusan untuk menghantar komputer CA ke kedai komputer untuk dibaiki. Komputer ni HP Compaq Desktop All in 1,masa zaman bujang lagi CA beli taw u ols. Memang sayang sangat la sebab 1st komputer hasil titik peluh sendiri beli. Nak jadikan cerita CA pun pergilah hantar ke kedai komputer Lenovo di Sri Serdang. Sebelum ni memang pernah format kat kedai tu dan di caj RM100.

Komputer kesayangan CA, 1st komputer ni taw. Gila tak sayang?? Masa kerja MPOB ni beli.

Sampai je kat kedai tu staf dia cek masalah komputer CA dan the best part of bila dia kata “ini hard disk sudah rosak maa..sebab dia boleh buka tapi tak boleh loading”. Jadi bermulalah perbualan kami

CA: habis tu apa kena buat?Kalau tukar hard disk mahal ke?

Staf: itu kalau tukar hard disk,sama servis caj RM3++ maa sebab ini komputer susah mau buka taw

CA: haiyo,mahalnya..xpelah.

Staff: tak apa,akak balik dulu kasi fikir. Sekarang saya tolong kakak angkat ini komputer masuk kereta la sebab tengok akak bawa tadi pun susah

CA: Erkk! Okay,tq haa

Dengan hati yang berat dan sedih CA pun meninggalkan lah kedai tersebut.  Tiba-tiba CA teringat yang dekat dalam UPM ada kedai komputer dekat koperasi UPM tu. Apalagi terus terjah sana lah. MyMaz nama kedainya. Suka sangat sebab tuan kedai nya peramah dan baik je. Yang paling best dia cakap ada 2 kemungkinan samada software sahaja yang rosak atau hard disk rosak. Walau apa pun dia kena cek dulu. Jadi CA bersetuju untuk tinggalkan komputer CA untuk diperiksa oleh mereka. Dan pagi ini CA dapat panggilan yang komputer CA dah siap, dia cuma betulkan apa tah dekat hard disk tu sebab kemungkinan sewaktu komputer tengah running, komputer ditutup. Haa,yang tu betul sebab anak CA si Bukhari tu lah punya keje buka tutup komputer. Lepas ni jangan harap ye Bawi nak main komputer mak sebab mak dah ada meja komputer. Ngeh,ngeh..

Eh,eh sebenarnya CA nak bagitahu dia caj RM50 sahaja taw u ols. Ya Allah,terima kasih Kau selamatkan RM3++ aku dari lebur. Dan CA tukar casing untuk external hard disk CA pun RM25 sahaja. Haa,CA memang terkejut lah sebab selama ni format pun kena caj RM100. Jadinya CA sarankan sesiapa yang ada di Serdang nak repair laptop @ komputer boleh datang ke kedai ni taw. Serius murah dan cepat. Kedai dia kecil sahaja tapi hati tuan kedai dia besar sebab melayan kita dengan baik.


Inilah rupa baru external hard disk CA setelah ditukar casing. Casing dia bergetah,macam sebelum ni CA punya casing warna purple dan aluminium@besi (entahlah tak tahu nak bagitahu material dia,hikhik)


Nak repair komputer jugak?? Korang boleh datang ke :-

MyMaz Resources Sdn Bhd
Ground Floor, Kompleks Perniagaan Koperasi UPM Bhd,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: 018-6303800

UPDATE 2/10/2017:
Haritu pergi UPM,kedai myMaz ni dah tak ada. Tapi kalau nak repair komputer ada satu lagi kedai komputer dekat SRI SERDANG yang murah dan harga berpatutan. Staf diorang pun sangat mesra dan membantu. Nama kedai tu WAWASAN KOMPUTER. Kedai orang melayu. So far, situ adalah kedai komputer dengan harga servis yang terbaik bagi CA. Oh ye,kedai ni pun ada servis baiki fon dan tab yang rosak taw. U ols boleh survey kedai ni berdepan dengan kedai makan THAI ORI



So,moral of the story ,Jangan Bagi anak kecil main komputer.

23 Disember 2015

Shopping di TheDahlia.co - Butik Cafe di Sri Serdang


TEKS: ATIQAH HANUM BT HARUN
FOTO: ATIQAH HANUM BINTI HARUN

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini CA pergi membawa diri ke TheDahlia.co yang merupakan butik cafe di Serdang. Konon-konon nak reward diri lah pasal lama tak reward kan. Senang sangat nak jumpa kedainya. Corner lot tapi di tingkat atas. Ala,tak tinggi mana pun. Tingkat 1 je.


Sebenarnya niat ke sana sebab nak cari cheese cake je pun tapi almaklumlah kaum hawa ni nafsunya sembilan,akalnya satu. Maka terhasillah tangkapan-tangkapan seperti di bawah ni

Hasil tangkapan menggunakan pukat..hihi

 Krim baby tropika ni dah lama terputus stok kat rumah sebab mahal. Nampak tengah murah tu yang grab 1. CA suka krim ni sebab elok sangat pakai kat anak waktu diorang batuk dan selsema. Cepat leganya. Sekarang ni pula si Icah tengah demam + selsema, x lena tido mak nak..Dah ada krim ni boleh la CA tidur malam dengan lena. Hihi..  Legging baby tu RM5 jer..ala x snap pic penuh legging. nanti u ols tengok la sendiri kat ig TheDahlia.co ye

 Haa,yang ni pula gourmet popcorn (RM7) dan bandung soda (RM5) from Sippy Sippy. Amboi,jenama pun meriah gitu. Yang ni bandung dia pada CA ok la sebab sama rata je rasa soda dan bandungnya. Tak lebih dan tak kurang. Sedap u ols..rugi tak beli taw. Tapi popcorn nya belum makan lagi. Nanti dah makan CA review ye.

 Yang ni siapa tak kenal tak tahu la nak kat macam mana lagi. Ni Bluberry cheese cake dari Adik Anis. Yang ini bawah dia kek dan atas dia topping cheese. Yang ini pun CA belum rasa lagi jadi tak boleh nak komen. Yang ini harganya RM5.50 ya u ols. 


Haa,yang ini paling CA teramat suka. Dah nama pun penggemar cheese cake kan, jadinya ini pun tangkap juga. Pertama kali CA makan cheese cake ni memang berbunga-bunga hati ni sambil berkata "inilah cheese cake yang aku cari selama ini!". Amboi,berdrama pula CA ye. Serius sedap u ols,kena dengan citarasa CA. Cheesecake Zowa ni cream cheese berlapis dengan biskut memang teramat sedap. Tak muak u ols CA makan. Sambil jari menari di keyboard, sambil itu mulut CA mengunyah dan merasai kelazatan cheesecake Zowa ni. 

Sebenarnya banyak lagi barang yang ada di TheDahlia.co,tapi bagi penggemar makanan macam CA ini,hanya satu je yang dituju iaitu Chiller dan food area la..hii.. Di bawah CA kongsikan sedikit keadaan di TheDahlia.co ni ya. Nanti u ols pergi tau di Sri Serdang,betul-betul berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Sri Serdang.


Memang best tempatnya. Luas,nyaman dan yang penting teratut jer. U ols boleh follow instagram diorang kat SINI
 https://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xap1/t51.2885-15/s640x640/sh0.08/e35/12357311_1685061128377910_1535045457_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/s320x320/e15/11377504_1590258764581430_2121665932_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/t51.2885-15/s320x320/e15/11424728_484524358377383_1091657505_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/s320x320/e35/11350758_1489927781330143_791016334_n.jpg

18 Disember 2015

Windows live writer dah tukar ke Open Live Writer!

openlivewriter

Assalamualaikum w.b.t

Haa,apa khabar u ols..lama jari jemari ni tak menaip sebab apa malas nak online menaip. Ni dah ada Open Live Writer ni ,time offline pon boleh menaip. Sebenarnya dah lama CA dok cari penyelesaian masalah kenapa Windows Live Writer ni tak boleh nak add blog, rupa-rupanya Microsoft dah taknak WLW ni nape ntahnya sedangkan berpuluh ribu orang yang guna. Dia nak terminate macam tu je. Tapi disebabkan terdapatnya pencinta-pencinta WLW ni jadinya mereka meng”volunteeer” kan diri untuk manage this WLW dan jadiklah ia Open Live Writer.

Nak tahu lebih lanjut boleh check dis out dekat web ni. Nak download plak boleh dekat sini. Okey,sekian. Selamat berblogging u ols Smile

8 Oktober 2015

MACAM MANA NAK LEBATKAN RAMBUT BAYI/ANAK?




Hai u ols..tengok tajuk pon dah tahu kan. Entri kali ni CA nak upkan lagi tentang Krim Rambut Kelapa Dara. U ols nak tahu tak Krim Rambut ni dah 2 tahun setengah CA sekeluarga pakai taw. Suami CA paling suka sebabnya bila dia pakai krim ni rambut lembut dan tidak berminyak. Wangi pulak tu. Samelah dengan anak-anak CA memang krim ni wajib dorang pakai setiap hari kalau tak rambut nampak kering dan tak terurus jer.

Atok diorang pun pakai u ols, haa jangan tak taw atok pon nak encem..kihkih.. Pendek kata semua orang tak kira peringkat umur dan jantina memang boleh sesangat nak pakai krim rambut ni ye. Yang bestnyer krim rambut ni dihasilkan daripada bahan tumbuhan dan herba semulajadi. Sikit pon takde bahan kimia taw.

Krim Rambut ni terdiri daripada MINYAK KELAPA DARA, MINYAK ZAITUN dan HERBA-HERBA terpilih.

Kenapa perlu pakai krim rambut ni?


menyubur & melebatkan rambut
membaik pulih struktur rambut & akar
sesuai untuk semua jenis kulit
menghilangkan kelemumur & masalah rambut gugur
Krim rambut ini wangi dan tidak melekit.
Sangat sesuai digunakan semua peringkat umur termasuk bayi
Ianya selamat dan tiada bahan kimia.
Memang produk yang sangat berkesan dalam melebatkan dan mengurangkan keguguran rambut.
Kesan dapat dilihat dan dirasa tidak sampai sebulan.
Tiada bahan kimia dan tidak merbahaya sama sekali.
Bau wangi yang menyenangkan.

 Haa..teruja tak? Serius best taw krim ni. Kalau nak,jangan segan-segan whatsapp CA yer. Sebelum wassap tu save dulu nombor CA taw +6018-2585520.

KERENAH ANAK 2 TAHUN





“cubit nak?Cubit?” sambil mengacukan tangan ku kepada dia. “nanak!nanak!”jawabnya. Oh,faham pulak si kecik ni. Hihi..itulah antara satu pengalaman CA apabila berada di shopping complex apabila dah penat melayan kerenah anak..gigih mengejar bukhari berlari kesana kesini. Anak yang seawall umur 2 tahun itu memang hanya tahu nak bermain sahaja. Berlari ke sana,berlari kesini. Emaknya plak gigih mengejar. Dah maacam main polis and thief plak..haha..

Ahmad bukhari seorang anak yang kuat menangis. Akhir-akhir ni lebih kuat dia menangis dan buat perangai. Tegur sikit menangis,malam tido menangis,siang menangis,lambat buat susu menangis,nak susu menangis,nak air menangis,nak tido menangis.  Pendek kata hamper setiap jam dia akan menangis. CA pening kepala memikirkan kehendaknya. Apalah seorang ibu tak faham kehendak anak sendiri. Pernah 2 hari berturut CA dan suami asyik marah dan pukul bukhari kerana dia asyik menangis,mengamuk sambil guling-guling dan hempas badan tanpa sebab. Selepas itu kami merasa teramat bersalah dan berdosa kerana anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Selepas dimarah,mood dia okay dan akan cari kami semula seolah-olah kami tidak pernah menyakiti dan memarahi dia. Alangkah berdosanya kami melayan amanah ALLAH seperti itu. Sejak itu kami bertekad untuk tidak memukul dan marah amanah itu hanya kerana hal yang kecil.


CA pulak gigih minta tolong encik google carikkan kenapa anak umur 2 tahun kuat menangis. Rupa-rupanya….. anak sekecil itu apabila dimarah pada siang harinya dia akan terbawa-bawa didalam tidur pada malam hari. “patotlah bukhari menangis terok macam kena marah sewaktu tidur malam”. Rupa-rupanya aku dah mendera mental dia. Ya Allah,insafnya rasa sambil menampar muka sendiri kerana sakit hati dengan perangaiku sendiri.

Sebenarnya selain dimarah,anak sekecil bukhari 2-3 tahun memang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Setelah CA perhatikan si bukhari ni dia cemburu dengan adiknya aisyah. Almaklumlah,aisyah menyusu badan,sudah tentulah dia melekat je dengan emaknya. Begitu juga bukhari,sewaktu dia menyusu dia nakkan CA baring sebelah dia. Okay nak, sekarang mak dah faham. Bukhari perlukan belaian,perhatian dari emak yer. Sejak CA berikan layanan yang lebih kepada amanah ALLAH ini tiada lagi sakit yang melanda dirinya. Kalau tak setiap malam bukhari mengadu sakit dan tak tahu apa yg sakit sebab tiada apa2 luka pun. Memang ketara sangat perubahan anak CA tu.

Bila dia buat perangai memang kami laki bini akan tegur mulut jer dan tiada apa-apa yang akan hinggap di badan anak kecil itu. Sejak seminggu kami melancarkan kaedah ini,tidur malam bukhari memang lena sangat, Cuma akan menangis nak susu sahaja.

Jadi parents kat luar sana,anak seawall 2-3 tahun ni memang perlukan lebih perhatian. Nampaknya kita sebagai ibubapa ni kena pandai main psikologi dengan diorang lah ye. Bila diorang buat perangai senyum dan sabarkan hati. Sewaktu CA kejar bukhari kat shopping complex,CA kejar sambil tersenyum sebab CA rasa seronok tengok anak kecil itu berlari dengan bontot terkedek-kedek sambil terjerit-jerit. Sikit pun takde perasaan malu malah bersyukur kerana Allah kurniakan anak yang sihat. Biar orang tengok dan mengata, bukan diorang yang menghadapinya. Bahagia rasa bila kejar anak sendiri dalam shopping complex. Laju macam Watson nyambek lari..kihkih.. Tak pasal-pasal CA exercise tapi nape lemak degil ni tak mo pegi.. Hari-hari lah kena kejar bukhari macam ni..hihi..

Jadi sampai sini jelah perkongsian CA di entri ini. Moral of the story bersabarlah dengan anak,marah dan pukul bukan jalan terbaik untuk mendidik anak. Belai,usap,cium peluk perlu menjadi makanan harian mereka tak kira waktu.  Tak percaya? Cuba buat selama seminggu , In Shaa Allah memang akan ada perubahan. Semoga Allah menjadikan CA antara orang-orang yang sabar. Ini baru 2 tahun. Akan datang tak tahulah pulak perangai nya. Semoga entri ini akan mengingatkan CA apabila lupa dalam melayan kerenah si anak kecil nanti.






29 September 2015

Krim Rambut Untuk Rambut Gugur






 Hai semua,lama CA tak bersiaran kan. Bz,bz,bz..ceh bz la sangat kan. Huhu..start bulan 10 ni dah boleh rilex sikit lah kan sebab kursus banyak dah habis. Ni CA nak bagitaw, sesiapa yang ada masalah rambut gugur,rambut keras atau kering meh cuba Krim Rambut Kelapa Dara ni. Memang terbaik taw u ols sebab baby pon boleh pakai. Ha,baby2 yang mana lepas cukur rambut tak mau naik2 tu boleh cuba krim ni In Shaa Allah akan keluar anak-anak rambut yang malu-malu nak keluar tu.

Krim ni memang best sangat taw u ols sebab homemade bumiputera Islam kita jauh nun Kedah sana. Memang pakar lah yang buat krim ni. Lelaki perempuan,kanak-kanak,bayi,orang tua semua bolehlah pakai. No problem taw. Tak caya? Cuba dulu,baru tahu. Tak mahal pon, RM30 jer free pos untuk pembaca Blog CA

Ianya Produk Bumiputera Islam, dirumus oleh pakar yang arif tentang herba dan kelapa dara
===================================

Apa yang ada dalam Krim Rambut Kelapa Dara??
Krim Rambut Kelapa Dara terdiri daripada bahan-bahan semulajadi :
Minyak kelapa dara Minyak zaitun Herba terpilih

Krim Rambut Kelapa Dara membantu:
[ ✔ ] menyubur & melebatkan rambut
[ ✔ ] membaik pulih struktur rambut & akar
[ ✔ ] sesuai untuk semua jenis kulit
[ ✔ ] menghilangkan kelemumur & masalah rambut gugur

>>Whatsapp +6018-2585520<<
>>Whatsapp +6018-2585520<<
>>Whatsapp +6018-2585520<<
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum menggunakan krim ini,anda perlu tahu
✔Krim rambut ini wangi dan tidak melekit.
✔Sangat sesuai digunakan semua peringkat umur termasuk bayi
✔Ianya selamat dan tiada bahan kimia.
✔Memang produk yang sangat berkesan dalam melebatkan dan mengurangkan keguguran rambut.
✔Kesan dapat dilihat dan dirasa tidak sampai sebulan.
✔Tiada bahan kimia dan tidak merbahaya sama sekali.
✔Bau wangi yang menyenangkan.

Cara pemakaian :Cara pemakaian yang sangat mudah seperti memakai krim-krim rambut yang lain. Ambil sedikit dan ratakan guna kedua tapak tangan dan sapu ke kepala/rambut.
+++++++++++++++++++++++++++
Jangan tunggu lagi.. Lagi lama anda tunggu mungkin lagi BERTAMBAH TERUK MASALAH RAMBUT anda..!!!.

Dapatkan Sekarang...!!!

[ ✔ ] 1 botol harga RM30.00 SM/RM40.00 SS

-----------------------TAWARAN HEBAT-----------------------
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU>>


[ PENGEDAR/DROPSHIP DIPERLUKAN SELURUH NEGARA]

>>Whatsapp +6018-2585520<<
>>Whatsapp +6018-2585520<<
>>Whatsapp +6018-2585520<<




11 September 2015

Krim Rambut Untuk Bayi

TEKS: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
GAMBAR: ATIQAH HANUM BINTI HARUN

Assalamualaikum w.b.t,

Sewaktu saya mula-mula menjadi ibu sewaktu melahirkan Bukhari, saya sering tercari-cari krim rambut untuk baby. Bukan apa, minyak rambut bila disapu di kepala anak saya,sampai ke muka berminyak. Disebabkan saya bekerja di Jabatan Pertanian, jadi memang Allah dah mengaturkan perkenalan saya dengan seorang usahawan dari Kedah iaitu Encik Yusof. Beliau mengusahakan produk-produk 'homemade' seperti VCO, Losyen Kelapa Dara, krim Rambut Kelapa Dara, Sabun Kelapa Dara, Enzim dan banyak lagi produk yang sememangnya berkesan bila digunakan.

Dari situ saya membeli Krim Rambut Kelapa Dara yang sememangnya tidak melekit,sedikit berminyak (bagus sebab rambut kelihatan lembab,tidak kering) sebab guna minyak kelapa dara kan dan wangi. Satu keluarga saya suka pakai terutamanya suami saya sebab katanya krim dan gel rambut lain buat rambut dia jadi keras dan kasar. Ayah dan adik lelaki saya juga turut tergoda untuk menggunakan krim ini,hehe.

Bila menggunakan sesuatu yang bagus, saya pun suka untuk berkongsi kepada orang lain kerana saya yakin mesti ada ibu-ibu yang seperti saya mencari sesuatu yang semulajadi,selamat dan tiada bahan kimia untuk digunakan oleh anak-anak. Sebagai ibu kita selalu nak yang terbaik untuk anak-anak kan.

Nak tahu apa yang bagusnya krim ini dan kandungannya? Tengok penerangan dibawah

Apa yang ada dalam Krim Rambut Kelapa Dara??


Krim Rambut Kelapa Dara terdiri daripada bahan-bahan semulajadi :
Minyak kelapa dara
Minyak zaitun
Herba terpilih

Krim Rambut Kelapa Dara membantu:
[ ✔ ] menyubur & melebatkan rambut
[ ✔ ] membaik pulih struktur rambut & akar
[ ✔ ] sesuai untuk semua jenis kulit
[ ✔ ] menghilangkan kelemumur & masalah rambut gugur


Sebelum menggunakan krim ini,anda perlu tahu
✔Krim rambut ini wangi dan tidak melekit.
✔Sangat sesuai digunakan semua peringkat umur termasuk bayi
✔Ianya selamat dan tiada bahan kimia.
✔Memang produk yang sangat berkesan dalam melebatkan dan mengurangkan keguguran rambut.
✔Kesan dapat dilihat dan dirasa tidak sampai sebulan.
✔Tiada bahan kimia dan tidak merbahaya sama sekali.
✔Bau wangi yang menyenangkan.

Cara pemakaian :
Cara pemakaian yang sangat mudah seperti memakai krim-krim rambut yang lain. Ambil sedikit dan ratakan guna kedua tapak tangan dan sapu ke kepala/rambut.


Jadi sebagai ibu yang nakkan terbaik untuk anak-anaknya jom gunakan Krim Rambut Kelapa Dara keluaran Herbasari ni. Memang best tau. Tak cuba tak tahu. Oh ye, kepada sesiapa yang ingin menjadi dropship atau pengedar krim rambut ini bolehlah whatsapp saya ya di +60182585520. Agen akan diajar cara untuk menjual secara online

Dapatkan Sekarang...!!!
[ ✔ ] 1 botol harga RM30.00 SM/RM40.00 SS
-----------------------
TAWARAN HEBAT
-----------------------
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU
>> Beli 3 Botol RM85.00 SM/RM100.00 SS >> PERCUMA POSLAJU

>> Sila Whatsapp KRIM VC +6018-2585520
>> Sila Whatsapp KRIM VC+6018-2585520
>> Sila Whatsapp KRIM VC+6018-2585520


8 September 2015

ENTRI 13: KEDAI-KEDAI ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI

 TEKS: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
GAMBAR: ATIQAH HANUM BINTI HARUN

 Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ini memang nak cerita tentang online saja. Saya memang suka sangat-sangat membeli barang 'thru' online ni. Memang mudah, jimat masa dan tidak penat. Lebih-lebih lagi saya asyik sibuk sahaja sekarang ini kan jadi memang menggunakan kemahiran jari jemari 100% untuk membeli belah, hehe. Sepanjang tahun ini dah berpuluh transaksi online yang saya buat untuk membeli belah. Mungkin masih ramai yang takut nak shopping online ni kan sebab takut kena tipu duit, takut barang tidak sampai la kan.. Samalah saya tapi saya jenis main redah saja sebab nak sangat kan tetapi sebelum itu perlu selidik dululah. Setakat ni Alhamdulillah tidak pernah kena tipu lagi setiap kali shopping online. Syukur Allah pelihara. Jadi, untuk sesiapa yang nak shopping online barang baby boleh rujuk kedai-kedai yang saya pernah berurusan ni. Dorang tidak bayar saya komisyen pun promote kedai dorang , just nak sharing dengan semua sahaja.


Untuk persediaan baby semasa mengandungkan Aisyah, saya beli barut dan bedung baby di bedungBarutBaby.com.my  atau page mereka saja. Puas hati saya sebab jahitan dia kemas dan kain pun sedap. Macam kain kat hospital yang balut baby tu. Kualiti dia memang ok sangat. Saya beli 3 kain bedung dan 2 set barut. Kartun-kartun gitu..


Kemudian saya borong pula tilam baby dan beg baby dekat SINI. Harga okay, murah juga jika nak dibandingkan dengan harga di luar kan. Saya ambil set yang ini. 



Tapi saya ambil warna maroon. Ok lah, tilam dia tidak tebal sangat dan tidak nipis sangat. Sedang-sedang sahaja,padan lah dengan harga kan. Termasuk postage semuanya RM130.00 untuk set yang ini. Tahun ini memang shopping online sahaja.


Lagi satu kedai jual baju baby yang ohsem Smithys Kids Wear. Yang ni saya belikan untuk anak buah  baju frozen. Suka sangat sebab baju dia comel. Baju dikedai ni memang semua fashionable untuk budak-budak. Suka sangat!

Comel kan baju ni

Haa..inilah dia anak buah saya yang comel tu.

Oh yer, saya jugak ada beli buku online kat PTS..buku-buku dia memang ohsem! Antara buku yang saya beli Dahsyatnya Doa Isteri. Memang best buku ni.


Saya juga pembeli tegar di Lazada. Saya pernah tolong belikan emak smartphone  di LAZADA! Wuhuu!! Memang murah daripada harga biasa. Asus Zenfone 5. Sewaktu itu saya yang nak tukar smartphone pun tidak tertukar-tukar lagi,ini mak yang sudah tukar dahulu. Haish! Merah lagi warna dia pilih. Advance mak saya . Jangan risau sebab saya mintak LAZADA COD kan hp tu. So tiada takut kena tipu bagai.. Dalam masa 3 hari dah sampai ordernya.



Lagi yang saya suka shopping online ini adalah ebook. Setakat ini memang ebook-ebook yang saya beli tu memang ok sangat. Entri akan datang pula la saya akan update pasal ebook-ebook yang pernah dibeli ya.

Sebenarnya banyak lagi kedai online yang saya pernah shopping tapi tidak teringat la pula.

29 Ogos 2015

ENTRI 11: KLINIK YANG MURAH DAN OKAY DI SERDANG

TEKS: ATIQAH HANUM BINTI HARUN


Assalamualaikum w.b.t,

Sewaktu mula pindah di Serdang, saya sering tercari-cari klinik yang murah bayarannya tetapi servis baik serta doktor yang prihatin terhadap pesakitnya. Ada beberapa klinik yang pernah saya dan suami singgah apabila anak sakit tetapi yang geramnya kebanyakan doktor cuma tengok dari jauh je, tiada pemeriksaan fizikal. Pula tu bayaran mahal tetapi ubatnya tidak seberapa. Memang kecewa sangat setiap kali dapat layanan macam tu.

'Kak, klinik mana yang okay dekat sini ya? Mahal lah klinik yang kota pergi dekat Serdang ni', akhirnya terluah juga apa yang saya pendam selama ini pada Kak ita, rakan sekerja saya. Itulah, malu bertanya bukan sesat jalan tapi berseret poket. Huhu

Jawapannya adalah klinik Public di Sri Serdang berdepan dengan Hero Mart. Cikgu-cikgu di taska Bukhari pun memang mencadangkan klinik ini. Doktor Yap Sau Chun satu-satunya doktor di klinik ini. Agaknyalah sebab setiap kali kami datang memang dia saja doktor yang akan melayan kami. Doktor Yap ini memang seorang yang 'best' sebab dia akan cek kita beria dan akan menerangkan dengan panjang lebar dengan nada yang lembut. Yang lebih seronok tu ubat yang diberi memang berkesan dan serasi dengan kami satu keluarga. Harga? Ini yang paling menarik sebab sehingga hari ini bayaran untuk setiap perkhidmatan tidak pernah melebihi RM20. Ubat dan mc dua orang, kami pernah dicas RM50++ sahaja.

Patutlah ramai pesakit di klinik ini kerana servis yang tip top, doktor yang peramah, ubat berkesan dan harga murah. Jadi, sekiranya ada yang sedang mencari klinik di Serdang boleh lah ke klinik ini. Serius akan puas hati.

24 Ogos 2015

ENTRI 10: Review Produk - Sabun Pencuci Pinggan Joy

TEKS: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
GAMBAR: ATIQAH HANUM BINTI HARUN



Assalamualaikum w.b.t,



Selalu saya melihat iklan pencuci pinggan jenama joy di television. Hati tertanya-tanya "hebat sangat kah pencuci joy ini?", lama kelamaan hati ini makin tertarik untuk mencuba lalu saya suarakan hasrat hati ini kepada suami. Suami pula bersetuju untuk kami mencuba pencuci ini. Pada sabtu yang lalu kami ke pasaraya, kebetulan pencuci joy tengah ada promosi, apalagi kami pun ambil botol kecil 250ml untuk mencuba dengan harga promosi RM2.90.

Semalam pencuci pinggan didapur telah habis, jadi dengan tidak sabarnya terus saya menggunakan pencuci joy ini untuk mengetahui kebenarannya. Saya mulakan dengan mencuci kuali yang berminyak dengan hanya setitis pencuci joy. Macam tidak percaya minyak tanggal dengan mudah tanpa ada kesan berminyak malahan buih yang ada masih boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk yang masih tersisa.

Walaupun jernih,buih masih boleh digunakan

Yang lebih saya suka menggunakan pencuci ini kerana bau nya yang menyegarkan. Jadi betullah iklan di television itu tidak menipu. Jadi selepas ini memang joy akan menjadi pilihan saya sekeluarga. Amboi, dah macam iklan tv pula ye. oh ya, saya tidak dibayar untuk review ini, saja suka-suka untuk review .