30 Disember 2015

Repair Komputer Murah di UPM, Serdang


Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan dah berbulan komputer kesayangan CA rosak,makanya hari Isnin kelmarin CA pun telah membuat keputusan untuk menghantar komputer CA ke kedai komputer untuk dibaiki. Komputer ni HP Compaq Desktop All in 1,masa zaman bujang lagi CA beli taw u ols. Memang sayang sangat la sebab 1st komputer hasil titik peluh sendiri beli. Nak jadikan cerita CA pun pergilah hantar ke kedai komputer Lenovo di Sri Serdang. Sebelum ni memang pernah format kat kedai tu dan di caj RM100.

Komputer kesayangan CA, 1st komputer ni taw. Gila tak sayang?? Masa kerja MPOB ni beli.

Sampai je kat kedai tu staf dia cek masalah komputer CA dan the best part of bila dia kata “ini hard disk sudah rosak maa..sebab dia boleh buka tapi tak boleh loading”. Jadi bermulalah perbualan kami

CA: habis tu apa kena buat?Kalau tukar hard disk mahal ke?

Staf: itu kalau tukar hard disk,sama servis caj RM3++ maa sebab ini komputer susah mau buka taw

CA: haiyo,mahalnya..xpelah.

Staff: tak apa,akak balik dulu kasi fikir. Sekarang saya tolong kakak angkat ini komputer masuk kereta la sebab tengok akak bawa tadi pun susah

CA: Erkk! Okay,tq haa

Dengan hati yang berat dan sedih CA pun meninggalkan lah kedai tersebut.  Tiba-tiba CA teringat yang dekat dalam UPM ada kedai komputer dekat koperasi UPM tu. Apalagi terus terjah sana lah. MyMaz nama kedainya. Suka sangat sebab tuan kedai nya peramah dan baik je. Yang paling best dia cakap ada 2 kemungkinan samada software sahaja yang rosak atau hard disk rosak. Walau apa pun dia kena cek dulu. Jadi CA bersetuju untuk tinggalkan komputer CA untuk diperiksa oleh mereka. Dan pagi ini CA dapat panggilan yang komputer CA dah siap, dia cuma betulkan apa tah dekat hard disk tu sebab kemungkinan sewaktu komputer tengah running, komputer ditutup. Haa,yang tu betul sebab anak CA si Bukhari tu lah punya keje buka tutup komputer. Lepas ni jangan harap ye Bawi nak main komputer mak sebab mak dah ada meja komputer. Ngeh,ngeh..

Eh,eh sebenarnya CA nak bagitahu dia caj RM50 sahaja taw u ols. Ya Allah,terima kasih Kau selamatkan RM3++ aku dari lebur. Dan CA tukar casing untuk external hard disk CA pun RM25 sahaja. Haa,CA memang terkejut lah sebab selama ni format pun kena caj RM100. Jadinya CA sarankan sesiapa yang ada di Serdang nak repair laptop @ komputer boleh datang ke kedai ni taw. Serius murah dan cepat. Kedai dia kecil sahaja tapi hati tuan kedai dia besar sebab melayan kita dengan baik.


Inilah rupa baru external hard disk CA setelah ditukar casing. Casing dia bergetah,macam sebelum ni CA punya casing warna purple dan aluminium@besi (entahlah tak tahu nak bagitahu material dia,hikhik)


Nak repair komputer jugak?? Korang boleh datang ke :-

MyMaz Resources Sdn Bhd
Ground Floor, Kompleks Perniagaan Koperasi UPM Bhd,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: 018-6303800

UPDATE 2/10/2017:
Haritu pergi UPM,kedai myMaz ni dah tak ada. Tapi kalau nak repair komputer ada satu lagi kedai komputer dekat SRI SERDANG yang murah dan harga berpatutan. Staf diorang pun sangat mesra dan membantu. Nama kedai tu WAWASAN KOMPUTER. Kedai orang melayu. So far, situ adalah kedai komputer dengan harga servis yang terbaik bagi CA. Oh ye,kedai ni pun ada servis baiki fon dan tab yang rosak taw. U ols boleh survey kedai ni berdepan dengan kedai makan THAI ORI



So,moral of the story ,Jangan Bagi anak kecil main komputer.

23 Disember 2015

Shopping di TheDahlia.co - Butik Cafe di Sri Serdang


TEKS: ATIQAH HANUM BT HARUN
FOTO: ATIQAH HANUM BINTI HARUN

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini CA pergi membawa diri ke TheDahlia.co yang merupakan butik cafe di Serdang. Konon-konon nak reward diri lah pasal lama tak reward kan. Senang sangat nak jumpa kedainya. Corner lot tapi di tingkat atas. Ala,tak tinggi mana pun. Tingkat 1 je.


Sebenarnya niat ke sana sebab nak cari cheese cake je pun tapi almaklumlah kaum hawa ni nafsunya sembilan,akalnya satu. Maka terhasillah tangkapan-tangkapan seperti di bawah ni

Hasil tangkapan menggunakan pukat..hihi

 Krim baby tropika ni dah lama terputus stok kat rumah sebab mahal. Nampak tengah murah tu yang grab 1. CA suka krim ni sebab elok sangat pakai kat anak waktu diorang batuk dan selsema. Cepat leganya. Sekarang ni pula si Icah tengah demam + selsema, x lena tido mak nak..Dah ada krim ni boleh la CA tidur malam dengan lena. Hihi..  Legging baby tu RM5 jer..ala x snap pic penuh legging. nanti u ols tengok la sendiri kat ig TheDahlia.co ye

 Haa,yang ni pula gourmet popcorn (RM7) dan bandung soda (RM5) from Sippy Sippy. Amboi,jenama pun meriah gitu. Yang ni bandung dia pada CA ok la sebab sama rata je rasa soda dan bandungnya. Tak lebih dan tak kurang. Sedap u ols..rugi tak beli taw. Tapi popcorn nya belum makan lagi. Nanti dah makan CA review ye.

 Yang ni siapa tak kenal tak tahu la nak kat macam mana lagi. Ni Bluberry cheese cake dari Adik Anis. Yang ini bawah dia kek dan atas dia topping cheese. Yang ini pun CA belum rasa lagi jadi tak boleh nak komen. Yang ini harganya RM5.50 ya u ols. 


Haa,yang ini paling CA teramat suka. Dah nama pun penggemar cheese cake kan, jadinya ini pun tangkap juga. Pertama kali CA makan cheese cake ni memang berbunga-bunga hati ni sambil berkata "inilah cheese cake yang aku cari selama ini!". Amboi,berdrama pula CA ye. Serius sedap u ols,kena dengan citarasa CA. Cheesecake Zowa ni cream cheese berlapis dengan biskut memang teramat sedap. Tak muak u ols CA makan. Sambil jari menari di keyboard, sambil itu mulut CA mengunyah dan merasai kelazatan cheesecake Zowa ni. 

Sebenarnya banyak lagi barang yang ada di TheDahlia.co,tapi bagi penggemar makanan macam CA ini,hanya satu je yang dituju iaitu Chiller dan food area la..hii.. Di bawah CA kongsikan sedikit keadaan di TheDahlia.co ni ya. Nanti u ols pergi tau di Sri Serdang,betul-betul berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Sri Serdang.


Memang best tempatnya. Luas,nyaman dan yang penting teratut jer. U ols boleh follow instagram diorang kat SINI
 https://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xap1/t51.2885-15/s640x640/sh0.08/e35/12357311_1685061128377910_1535045457_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/s320x320/e15/11377504_1590258764581430_2121665932_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/t51.2885-15/s320x320/e15/11424728_484524358377383_1091657505_n.jpghttps://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/s320x320/e35/11350758_1489927781330143_791016334_n.jpg

18 Disember 2015

Windows live writer dah tukar ke Open Live Writer!

openlivewriter

Assalamualaikum w.b.t

Haa,apa khabar u ols..lama jari jemari ni tak menaip sebab apa malas nak online menaip. Ni dah ada Open Live Writer ni ,time offline pon boleh menaip. Sebenarnya dah lama CA dok cari penyelesaian masalah kenapa Windows Live Writer ni tak boleh nak add blog, rupa-rupanya Microsoft dah taknak WLW ni nape ntahnya sedangkan berpuluh ribu orang yang guna. Dia nak terminate macam tu je. Tapi disebabkan terdapatnya pencinta-pencinta WLW ni jadinya mereka meng”volunteeer” kan diri untuk manage this WLW dan jadiklah ia Open Live Writer.

Nak tahu lebih lanjut boleh check dis out dekat web ni. Nak download plak boleh dekat sini. Okey,sekian. Selamat berblogging u ols Smile