30 Oktober 2013

Apa itu SUPPLEMENT? ~ Yang perlu korang tau beza antara ubat dan suplement



PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......




16 Oktober 2013

Siti Nurhaliza Bertudung Litup ~ Akhirnya Artis Kesayanganku



Alhamdulillah..setelah bertahun2 aku menunggu artis kesayangan aku yang comel lote noh bertudung akhirnya terbukak jugak hatinya untuk bertudung litup. Syukur Ya Allah.. Sangat cantik Siti Nurhaliza bertudung kan


Siti Nurhaliza Bertudung Litup


Giler santek kan,kan,kan












*kredit to Abang Nara ~ I peminat blog u taw. Hikhik. ;)


9 Oktober 2013

Susu Merudum?? ~ Kisah saya


Alhamdulillah..sharing to breastfeed moms.. Jangan sesekali berputus asa utk exclusive/full breastfeed anak kita.

Kisah saya:
Selepas habis pantang, gatalkan x dengar cakap orang tua.. Pegi makan dengan hubby kat kedai order minuman berais..bukan 1@2 kali,banyak kali hokeh! (baru habis pantang tu, x sedar diri langsung,huhu..)

Niat nak naik kerja dah ada stok susu yang banyak untuk baby kan..t...api tetiba susu drop.. Sampai satu masa tu pam memang x dapat ape pun. Baby menyusu pun x puas langsung. Mase tu memang tension giler..

Supplemen memang amek masa ni just consume Vitalea + ESP jerk..tapi orang malas kan, skip2.. Jadinya bila tension mulalah nak marah,tertekan so susu lagilah xmo keluar kan. (Ibu2 jangan TENSION k, nanti susu x keluar)

Lagi 1 minggu nak naik kerja nekad beli ALFALFA dan beli EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP. Start tu disiplinkan diri tetiap hari mesti amek supplement hokey. Alhamdulillah, setiap hari dapat bekalkan 3@4 botol susu 4@5oz (3oz pon ade jugak).

Dan setelah 3 minggu bekerja akhirnya saya dah boleh ada stok lebey,bolehlah simpan untuk kecemasan (manalah taw kene pegi KURSUS jauh2 kan)

Yang paling best dan syioknya masa tgh pam malam tadi. my mom cakap "barulah mak gembira tengok susu banyak macam ni, xdelah risau cucu nenek x kenyang" haha.. Yang paling seeronok tengok bila anak kepuasan menyusu. Yang saya perasan sekarang baby menyusu ckit da cepat kenyang (kalau dulu 5oz boleh habis,sekarang 3 oz da kenyang) dan susu sedikit pekat daripada masa mula2 buat stok dulu.

Bukan nak promote ke apa tapi sapa yang pernah alami situasi macam ni pasti dah rasa beza amek Alfalfa dengan xkan.

Sesiapa yang ada masalah dalam breastfeed boleh tanya saya. Walaupun bukan pakar tapi sedikit ilmu dan tips2 tu adala.. Rugi kalau x beri anak susu ibu. Susu yang paling mulia didunia ni (susu ibu letaknya di dada, susu lembu kat perut..mana lagi hebat?? Kuasa ALLAH ~ petikan ayat dari mak saya..huhu)

p/s: Para suami patot galakkan isteri BF anak coz jimat woo duit x yah beli susu formula.

 


 

5 Oktober 2013

Nak kekal CANTIK?




Mesti ramai kat luar tu yang nak kekal cantik dan awet muda kan. Oleh sebab tu kita perlulah kenali khasiat vitamin utk kekal cantik.

Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan dan kecantikan semulajadi.. Sumber vitamin yg paling mudah diperolehi adalah melalui makanan.

Jadi kenalpasti vitamin yg diperlukan dengan melihat simptom2 yg ditunjukkan tubuh dan rawat secara semulajadi melalui khasiat sayuran dan buah-buahan


# Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata.Vitamin A terdapat dalam tembikai,anggur,aprikot,lobak merah,brokoli,keledek,bayam,labu dan telur



#Vitamin B
Mencegah kulit dpd menjadi terlalu berminyak & berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dpt membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit selain metabolisma badan.Vitamin B ada dalam pisang,avokado,kacang,telur,bijiran,ayam,tuna dan kerang



#Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut,luka dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semulajadi yg baik utk kulit. Malah,vitamin C juga baik utk sistem imun tubuh.Vitamin C ada dalam buah-buahan sitrus (keluarga limau,oren), beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli.



#Vitamin E
Membantu mengurangkan parut,radang dan rengsa pada kulit. Selain tu, vit E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani masalah kulit kering dan tidak bermaya.Sumber vitamin E jis buah-buahan,asparagus,bayam,brokoli dan kekacang



#Vitamin D
Membantu kulit memerangi maslah kekeringan, mendapatkan tulang dan gigi yang sihat

Sumber dengan berjemur dibaeah sinaran matahari pada waktu pagi tanpa guna krim pelindung selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3x/seminggu. Selain tu ada dalam produk tenusu, tuna dan salmon


#Vitamin K
Membantu mengatasi masalah lingkaran gelap dibahagian bawah mata.Vitamin K ada dalam bayam,sawi,parsli,daun salad hijau,taugeh,kubis dan brokoli


Haa..setakat ni saja perkongsian untuk kulit cantik. Apa lagi,mulakan penjagaan kulit cantik u olls sekarang lepas baca entry ni yer :-)