13 April 2013

RESIPI TALAM KELAD SEDAP & MUDAH!

Hai dah berabuk nampaknya blog C.Anum ni.. Lama betol x update..almaklumla selama ni dok kat utan kan jadi semangat tu xde la.. Sekarang ni da pindah bandar..dapat plak tab ni internet laju... Baru la semangat nak memblog kan diri.

Haa, ni C.Anum nak kongsi satu resepi talam keladi yang mudah dan sedap! First time C.Anum buat talam ni alhamdulillah menjadik hasil tunjuk ajar Kak Liza (akak kat tempat keje baru ni la) jadi bagi sesapa yang suka n nak masak sendiri talam ni boleh la try.. Orang2 tua kompem suke..yang x kawen lagi silap2 nak dijadikan menantu nanti.. Ahaks!

Okeyla, dibawah ni resepinyer yer..

LAPISAN BAWAH

500ml santan cair

300gm keladi (keladi purple @ putih)

94gm tepung beras

1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH

1) keladi dipotong dadu dan dkukus @ direbus setengah masak

2) Satukan santan, tepung dan garam kemudian masak diatas api sederhana (sambil dikacau ok) setelah kelihatan agak2 pekat masukkan keladi yang telah dipotong dadu

3) Kacau keladi bersama bahan tadi sehingga setengah masak dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 9"x9"

4) Ratakan dan biarkan ia sejuk selama 10-15 minit yer

LAPISAN ATAS

500ml santan pekat

230gm gula pasir *boleh kurangkan kpd 200gm kalau xnk manis sgt

55gm tepung gandum

4biji telur ayam

Sehelai daun pandan

1/2 sudu teh garam

1/8 tsp Perisa keladi

1/4 tsp pewarna ungu

CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS

1) Santan dimasak bersamamgula,garam dan daun pandan. Kacau atas api sampai gula hancur jgn sampai mendidih, angkat dan kacau @ tunggu hingga sejuk

2) Sementara tu, pukul telur agak kembang, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.

3) Seterusnya campurkan santan yang telah disejukkan tadi, masukkan juga perisa dan pewarna keladi kemudian tapis bancuhan agar x berketul

4) Kemudia panaskan bancuhan lebih kurang 5 minit selepas itu tuang keatas lapisan bawah yang sudah dimasukkan sebentar ke dalam periuk kukus.

5) Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.

*Tips untuk kuih talam yang cantik, lap tudung periuk kukus selang 5 minit untuk mengelakkan tekstur lapisan jadik macam bulan akibat air wap yang jatuh keatas kuih kita tu..

Haa..sekian la resipi untuk kali ini.. Nak bgtaw u olls, untuk sukatan dalam bentuk sudu sila gunakan sudu penyukat yer..boleh beli kat bakeri or supermarket..murah je pon..x sampai lima hengget kalau yang biasa2 tu..