9 April 2014

Kelebihan / Fadzilat Berzikir - zikir harian



Fadzilat Fadzilat Zikir

Hafiz Ibnu Qaiyim adalah seorang ulamak yang mahsyur.Beliau menulis sebuah risalah bernama AL WABIL.
Risalah ini menerangkan fazilat zikir.

1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
2. Zikir membawa keredaan Allah
3. Zikir menjauhkan dukacita dari hati manusia
4. Zikir member sinar bahagia
5. Zikir menguatkan badan dan memberi santapan sanubari
6. Zikir memberi sinaran hati dan muka
7. Zikir memurahkan rezeki
8. Zikir membawa kekuatan dan ke hormatan
9. Zikir melahirkan rasa cinta kepada Allah swt. Ia pintu cahaya kasih ilahi
10.Zikir melahirkan hakikat muraqabah iaitu ihsan
11. Zikir membawa sifat zuhud
12. Zikir membawa diri kpd takarrub yakni dekat dengan Allah
13. Zikir pembuka pintu makrifat
14. Zikir dapat membuka hati yang buta
15. Zikir membawa Allah swt ingat pada kita.
"FAZKURUUNI AZKURKUM  + Ingatlah pada ku nescaya aku ingat pada mu"
"ZAKARTUHUU FI NAFSI + Barang siapa ingat Aku dalam hatinya maka Aku ingatkan dia dalam 'hati'KU"
16. Zikir menghidupkan hati yang mati
Kata Ibnu Taimiyah ra perbandingan zikrullah ibarat ikan dan air. Masakan hidup ikan tanpa air

17. Zikir itu santapan ruh
18. Zikir itu pembersih hati
19. Zikir penghapus dosa dan penghindar maksiat
20. Zikir penghapus was was dan ragu ragu
21. Barang siapa yg ingat Allah swt dalam kesenangan, maka Allah swt akan ingati ia dalam kesusahan
22. Zikir mampu melepaskan diri dari azab Allah
23. Zikir penyebab turunnya sakinah
24. Zikir mampu selamatkan lidah dari sifat /ungkapan keji
25. Zikir ialah majlis para malaikat dan kelalaian berzikir membuka kepada majlis syaitan
26. Zikir membahagiakan
27. Zikir menghindari penyesalan makluk di akhirat
28. Zikir merupakan ibadat yg senang dan mudah tapi berat amal kebajikkannya
29. Zikir itu pohon dalam syurga.

Kelebihan zikir yang ringkas, muga yang sedikit tapi manfaat buat kita.
ZIKIR LA ILAHA ILLALLAH

Mustahil tak kalau kita berzikir LA ILAHA ILLALLAH 1000 kali dalam sehari?
Rasanya tak kot. CuBa kita amalkan zikir LA ILAHA ILLALLAH 100 kali selepas solat.

1. Selepas solat sunat qabliyah Subuh (100) + selepas solat fardu Subuh (100) = 200
2. Selepas solat sunat qabliyah Zuhur (100) + selepas solat fardu Zuhur (100) + selepas solat sunat ba'diyah Zuhur (100) = 300
3. Selepas solat fardu Asar = 100
4. Selepas solat fardu Maghrib (100) + selepas solat sunat ba'diyah Maghrib (100) = 200
5. Selepas solat fardu Isyak (100) + selepas solat sunat ba'diyah Isyak (100) = 200

Jadi, 200 + 300 + 100 + 200 + 200 = 1000
Amr bin Syuib meriwayatkan dari bapanya bahawa datuknya berkata bahawa Rasulullah bersada :..

"Bertasbihlah ..SUBHANAALLAH...100kali pagi..dan 100kali petang..
ganjarannya seperti prang yang mengerjakan haji 100kali

"Ucapkanlah ALHAMDULLILAH..100kali pagi dan 100kali petang.
ganjarannya seperti memberikan 100 ekor kuda untuk jihad fisabillah"

"Bertahlillah.. LA ILAHA ILLALLAH..100kali pagi dan 100kali petang..
Ganjarannya seperti memerdekakan 100orang hamba"..

"Bertakbirlah ..ALLAHUAKHBAR..100kali pagi dan 100kali petang..
ganjarannya..tiada siapa mampu menandingi zikirnya pada hari itu"

(hadis al termizi..yang dinilai sebagai hasan)
Jika di amalkan insyallah akan terasa keberkesanannya namun ganjarannya hanya ALLAH SWT mampu menilainya..

*Hadis hasan adalah sama dengan hadis sohih ..berbeza sanad kerana perawinya mungkin  kelalaian atau kurang hafazannya.. Waallahu alam.

Credit to: http://www.e-kedai.com.my/tasbih.htm

Marilah Berzikir

Hari ini ramai orang berzikir. Ada yang tahu tujuan mereka berzikir. Ada juga yang tidak tahu kenapa. Bila ditanya kenapa awak berzikir? Sekadar ikut-ikut sahaja, kata mereka. Kami berzikir sama seperti orang-orang terdahulu berzikir. Yang tahu pula terbahagi kepada dua. Satu, memang betul-betul diniatkan kerana Tuhan. Kedua, bukan kerana Tuhan, tetapi kerana dunia. Yang berzikir kerana Tuhan, mereka berzikir nak cari keredhaan Tuhan. Atas dasar cinta dan takut Tuhan. Nak membesar dan mengagungkan Tuhan. Orang seperti inilah yang digambarkan Tuhan di dalam Al-Quran, maksudnya: “Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka.” Gementar itu adalah kerana mereka benar-benar menghayati zikir tersebut. Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja. Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut, terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Disebabkan teringat dosa-dosanya kepada Tuhan yang memungkinkan dia terlepas daripada kasih sayang Tuhan. Atas rasa-rasa ini, zikir mereka mengubah perangai mereka. Mereka menjadi orang yang berakhlak dengan Tuhan dan berakhlak sesama manusia.
Yang berzikir bukan kerana Tuhan, mereka berzikir tetapi ada kepentingan dunia di situ. Bermakna direndahkan taraf zikir itu menjadi dunia. Walhal zikir itu ada nilai akhirat kalau tepat cara dan perlaksanaannya. Mereka berzikir ada maksud untuk mendapat kelebihan-kelebihan. Baca sekian ayat, dapat kaya. Baca sekian ayat, dapat kebal. Baca sekian wirid, orang akan hormat. Demikianlah jadinya. Orang begini zikir itu sekadar sebutan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Zikir tidak difahami, jauh sekali hendak dihayati. Itu sebab zikir itu tidak datangkan rasa-rasa di dalam hati. Itu sebabnya lagi banyak berzikir, tidak berubah akhlak. Malah, lagi berzikir lagi tak cinta dan tak takut Tuhan. Inilah yang patut direnungkan oleh kita semua yang berzikir. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif.

Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya (batin). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq (Sang Pencipta).

Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan metode membentuk dan memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus bernilai Ibadah.

Dengan zikir berarti membersihkan dinding kaca batin, ibarat sebuah bohlam lampu yang tertutup kaca yang kotor, meyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar secara maksimal. Melalui zikir, berarti membersihkan kotoran yang melekat sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya bisa memancar keluar.

Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki pengaruh terhadap kekuatan batin ? untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu diketahui bahwa hal tersebut merupakan bagian dari karunia Allah SWT.

Dalam sebuah Hadist. Bahwa dengan selalu mengingat Allah menyebabkan Allah membalas ingat kepada seorang hamba-Nya “ Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku “ karena itu, agar Allah senantiasa mengingat Anda, perbanyaklah mengingat-Nya dengan selalu berzikir.

Keutamaan-keutamaan berzikir :
1. Qs Al Ahzab:33-35, dihilangkan dosa-dosa dan membersihkanya dengan sebersih-bersihnya, karena Allah Maha mengetahui dan menyediakan ampunan dan pahala yang besar.
2. Qs albaqarah:255-256 (hadis qudsi), Allah akan memberikan syafaat dan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya.
3. memperoleh ketenangan hati dan ketentraman jiwa
4. memberatkan timbangan di yaumil akhir
5. dijauhkan dari segala tipu daya syetan dan marabahaya
6. memperoleh keberuntungan (Qs.Al Jumu’ah:9-10)
7. sebagai alat control pengendalian diri
Adab-adab Berzikir :
1. Khusyuk
2. Merendahkan suara dan menunjukan kemauan yang besar (Qs al a’raf:205)
3. Sesuai dengan jamaah dalam zikir jamaah
4. Bersih pakaian, tempat, dan pada waktu-waktu yang tepat agar diijabah Allah
5. Menjauhi kesalahan dan main-main

Pembiasaan Zikir Dengan :
1. Selalu mengingat manfaat dan keutamaannya.
2. Mengajarkan kepada anak-anak dengan cara yang baik.

Kalau kita mendapat pujian, amalkan membaca zikir laahaulawalaquwwataillabillahila'liyyila'zim.

Sedikit-sebanyak dapat mengingatkan kita supaya tidak riak kerana kita sebagai manusia ini tiada daya upaya untuk memilki kesempurnaan melainkan Allah jua Yang Maha Besar..  

Kelebihan Berzikir
1.  Mengusir Syaitan dan melemahkan kekuatan syaitan
2.  Menyebabkan Allah redha
3.  Menghilangkan perasaan cemas dan kebimbangan
4.  Merasa kesenangan dan kebahagiaan dalam hati
5.  Menguatkan anggota badan dan fikiran
6.  Mencerahkan mata dan hati
7.  Membuka pintu rezeki
8.  Menghidupkan hati
9.  Melindungi dari perangkap dan penyelewengan
10. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para Malaikat
11. Membantu kepada semua bentuk ibadah yang lain

InsyaAllah semoga amal kita diterima dan diberkati. Amin


Credit to:http://www.e-kedai.com.my/tasbih.htm