“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah
1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.
12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.
13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.
**kredit to http://rahsiasedekah.wordpress.com
Tapi jangan risau sebab harini CA nak kongsi cara untuk kita memberikan duit kita pada yang hak hanya dihujung jari sahaja. Cewah! Hihi.. Al maklumlah zaman dah canggih, semuanya internet sahaja. Tiada alasan untuk kita tidak bersedekah dan membayar zakat kerana semuanya boleh dilakukan melalui online! CA menggunakan Maybank 2 U a.k.a M2U untuk memberikan pada yang hak.
Senang je caranya, jom tengok tutorial yang CA dah buat ni:
1. Langkah pertama LOG IN akaun masing-masing dan click ACCOUNTS & BANKING
2. Kemudian click BILL PAYMENT
3. Pergi kepada MAKE A ONE-OFF PAYMENT
4. Kemudian paparan seperti dibawah akan keluar. Pilih kategori pada kotak yang CA tunjuk tu then pilih ZAKAT&CHARITY > CONTINUE
5. U ols akan nampak seperti gambar dibawah pulak. U ols boleh pilih bermacam-macam badan kebajikan yang ada disitu. Macam CA pilih Tabung Bencana NSTP-Media Prima > CONTINUE
6. Isikan jumlah yang nak di derma/sedekahkan serta no. telefon. Nombor telefon tu wajib isi ye, kalau x isi x boleh continue nanti.
7. Kemudian jangan lupa request TAC, dah dapat no TAC tu boleh lah isi kan dan CONTINUE. U ols boleh menderma/sedekah serendah RM1.00, tengok CA buat tu.
8. Done! Haa kan, mudah dan cepat tanpa perlu keluar rumah pun.
Berminat nak order Shaklee?
sms/wassap 018 258 5520
Follow my blog with Bloglovin