DOA DHUHA (Jom baca)
Selain itu, kite juga bolehlah bersedekah untuk menambahkan lagi kemurahan rezeki kita. Tapi biar ikhlas sedekah tu walau RM1. Jangan lupa matematik Allah sangat hebat sebab 1 kita bagi, 10 Allah balas. Seumpamanya begitulah..bermakna,walaupun sikit yang kita beri berganda-ganda Allah balas. Berapa? Tolong jangan tanya CA kerana itu kerja Allah. Wah, dah macam ustajah plak pepagi ni kan. Haa,ni lagi satu nak sharing cara bersedekah tanpa perlu bergerak tetapi dengan hanya menggunakan jari jemari dan kemajuan teknologi iaitu internet.
Kadang-kadang mesti u ols pernah terasa malu nak sedekah takot orang nampak kan. Sebab CA selalu gak rasa macam tu. So, perkara yang amat senang adalah bersedekah melalui perbankan online. Selalu CA guna CIMB dan M2U jer. Pernah sedekah RM1 je pon, lepas jugak. Tiada caj dari bank taw,kalau RM10, RM10 la dia tolak dari akaun kite. Tutorial boleh tengok kat sini. OK, sekian..bye