Pages

30 Ogos 2024

Seronoknya Dapat Sticker Box Ini: Anak-Anak Happy!


Baru-baru ni, CA ada beli satu Sticker Box yang memang best gila untuk anak-anak. Dalam kotak ni bukan sekadar sticker je tau, tapi ada juga keychain dan hairpin yang comel-comel. Pulak tu satu set dengan dia punya AKSESORI. Memang puas hati sangat!




Bila kotak tu sampai, anak CA terus buka dengan penuh excited. Bayangkan betapa gembiranya mereka bila nampak pelbagai jenis barang yang ada—semuanya comel, colourful, dan beraneka tema! Dari kartun kegemaran hingga sticker yang bercahaya, semua ada. Dan bukan itu sahaja, dalam kotak tu ada juga keychain dan hairpin yang mereka boleh guna untuk hias beg, rambut, atau buat koleksi sendiri mengikut kreativiti sendiri.




CA perasan anak-anak ni memang suka bila dapat hias barang-barang mereka sendiri. Hairpin tu terus jadi aksesori wajib setiap hari, dan keychain pula dah penuh kat beg sekolah. Memang kreatif betul mereka bila ada banyak pilihan macam ni. Seronok tengok anak-anak happy, dan secara tak langsung dapat bantu tingkatkan kreativiti mereka juga.



Haa..CA ambil set yang ini. Paling CA suka tu box dia snagat cantik..3 layer taw


Kalau korang tengah cari hadiah yang simple tapi berbaloi, CA sangat-sangat recommend Sticker Box ni. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh buat anak-anak happy dan terhibur untuk masa yang lama. Tak percaya? Korang boleh tengok sendiri, kotak tu ada di sini


Ini video anak CA yang tersangat excited dapat set ni..hehe