14 Disember 2014

Kedai online yang BEST dan boleh dipercayai

Hai u ols.. Selamat petang dan selamat bermalas-malasan di hari Ahad yang best ni. Hihi.. petang ni really in mood untuk uodate entry. OK, entry kali ni memang nak cerita tentang online jer. CA memang suke sangata-sangat beli barang thru online ni. Memang mudah, jimat masa dan x penat. Lebih-lebih lagi CA tengah memboyot ni so memang menggunakan kemahiran jari jemari 100% untuk membeli belah..hehe.. Sepanjang tahun ni dah berpuluh transaksi online yg CA buat untuk membeli belah. Mungkin masih ramai yang takut nak shopping online ni kan sbb takut kena tipu duit kan,kan,kan.. Same goes to me tapi CA jenis men redah jer sbb nak sangat kan tapi sebelum tu selidik2 dululah. Setakat ni Alhamdulillah x pernah kena tipu lagi setiap kali shopping online. Syukur Allah pelihara. So, untuk sesiapa yang nak shopping online boleh refer kedai2 yang CA pernah berurusan ni. Dorang x bayar CA komisyen pun promote kedai dorang yer, just nak sharing dgn u ols jer.


Untuk persediaan baby yang nak keluar ni, CA beli baarut dan bedung baby di bedungBarutBaby.com.my  atau page diorang je. Puas hati CA sebab jahitan dia kemas dan kain pun sedap. Macam kain kat hospital yang balut baby tu. Kualiti dia pun ok sangat. CA beli 3 kain bedung dan 2 set barut. Kartun-kartun gitu..


Then CA borong plak tilam baby dan beg baby kat SINI. Harga ok lah, murah jugak kalau nak banding dengan harga kat luar kan. CA amek set yang ini. 



Tapi CA amek warna maroon. Ok lah, tilam dia x tebal sangat dan x nipis sangat. Padan lah dengan harga kan. Termasuk postage sumernyer RM130.00 untuk set yang ni. Tahun ni memang shopping online sesaja.


Lagi satu kedai jual baju baby yang ohsem Smithys Kids Wear. Yang ni CA belikan anak buah CA baju frozen. Suke giler sebab baju dia comel sesangat taw. Baju kat kedai ni memang sume fashionable untuk bebudak. Suke sangat!

Comel kan baju ni

Haa..inilah dia anak buah CA yang comel tu.

Oh yer, CA jugak ada beli buku online kat PTS..buku-buku dia memang ohsem! Antara buku yang CA beli Dahsyatnya Doa Isteri. Memang best buku ni.


Yang terbaru ni CA belikan emak CA smartphone  kat LAZADA! Wuhuu!! Memang murah daripada harga biasa. Asus Zenfone 5, hah..ko hade?!! CA yang konon nak tukar smartphone pun x tertukar2 lagi,ni mak CA dah tukar dulu. Haish! Merah lagi warna dia pilih. Advance mak CA. Jangan risau sebab CA mintak LAZADA COD kan hp tu. So tiada takut kena tipu bagai.. Insyaallah dalam 3 hari ni sampai lah. Lepas ni berwasap-wasap la kite yer mak. hehe..



Lagi yang CA suke shopping online ni adalah ebook. Setakat ni memang ebook yang CA beli tu memang ok sangat. Next entry la CA update pasal ebook2 yang pernah CA beli yer.

Sebenarnya banyak lagi kedai online yang CA pernah shopping tapi x teringat la plak. Next time CA shopping online CA update yer u ols. Ok lah, perut pun dah bergurindam di petang yang syahdu ni (hujan kat sini wei), so CA berenti takat ni dulu lah untuk melayan gurindam perut ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan