TEKS: ATIQAH HANUM BT HARUN
FOTO: ATIQAH HANUM BINTI HARUN
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini CA pergi membawa diri ke TheDahlia.co yang merupakan butik cafe di Serdang. Konon-konon nak reward diri lah pasal lama tak reward kan. Senang sangat nak jumpa kedainya. Corner lot tapi di tingkat atas. Ala,tak tinggi mana pun. Tingkat 1 je.
Sebenarnya niat ke sana sebab nak cari cheese cake je pun tapi almaklumlah kaum hawa ni nafsunya sembilan,akalnya satu. Maka terhasillah tangkapan-tangkapan seperti di bawah ni
Hasil tangkapan menggunakan pukat..hihi
Krim baby tropika ni dah lama terputus stok kat rumah sebab mahal. Nampak tengah murah tu yang grab 1. CA suka krim ni sebab elok sangat pakai kat anak waktu diorang batuk dan selsema. Cepat leganya. Sekarang ni pula si Icah tengah demam + selsema, x lena tido mak nak..Dah ada krim ni boleh la CA tidur malam dengan lena. Hihi.. Legging baby tu RM5 jer..ala x snap pic penuh legging. nanti u ols tengok la sendiri kat ig TheDahlia.co ye
Haa,yang ni pula gourmet popcorn (RM7) dan bandung soda (RM5) from Sippy Sippy. Amboi,jenama pun meriah gitu. Yang ni bandung dia pada CA ok la sebab sama rata je rasa soda dan bandungnya. Tak lebih dan tak kurang. Sedap u ols..rugi tak beli taw. Tapi popcorn nya belum makan lagi. Nanti dah makan CA review ye.
Yang ni siapa tak kenal tak tahu la nak kat macam mana lagi. Ni Bluberry cheese cake dari Adik Anis. Yang ini bawah dia kek dan atas dia topping cheese. Yang ini pun CA belum rasa lagi jadi tak boleh nak komen. Yang ini harganya RM5.50 ya u ols.
Haa,yang ini paling CA teramat suka. Dah nama pun penggemar cheese cake kan, jadinya ini pun tangkap juga. Pertama kali CA makan cheese cake ni memang berbunga-bunga hati ni sambil berkata "inilah cheese cake yang aku cari selama ini!". Amboi,berdrama pula CA ye. Serius sedap u ols,kena dengan citarasa CA. Cheesecake Zowa ni cream cheese berlapis dengan biskut memang teramat sedap. Tak muak u ols CA makan. Sambil jari menari di keyboard, sambil itu mulut CA mengunyah dan merasai kelazatan cheesecake Zowa ni.
Sebenarnya banyak lagi barang yang ada di TheDahlia.co,tapi bagi penggemar makanan macam CA ini,hanya satu je yang dituju iaitu Chiller dan food area la..hii.. Di bawah CA kongsikan sedikit keadaan di TheDahlia.co ni ya. Nanti u ols pergi tau di Sri Serdang,betul-betul berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Sri Serdang.
Memang best tempatnya. Luas,nyaman dan yang penting teratut jer. U ols boleh follow instagram diorang kat SINI
Sekarang ni dah Ada kedai Zowa di Taman Tasik Utama.
BalasPadam