Pages

13 Februari 2018

KEDAI CERMIN KERETA (WINDSCREEN) MURAH

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t..
Tengok tajuk pun dah tahu kan. Kalau cermin kereta tak retak,CA pun tak hingin ambil tahu benda cenggini. Hihi..dah terkena baru menggagau carik kedai yang murah dan servis okay. Ini untuk area Serdang,Seri Kembangan,Puchong sahaja ye, lain-lain tempat jauh sila cari lain okay..hihi
Nak dijadikan cerita, kereta cermin kereta Iswara CA retak. Kereta legend okay sebab turun temurun dari abah CA tu. Sayang sangat,banyak kenangan. Tak tahulah retak kenapa, tahu-tahu dah ada sejalur garis retak. Mula-mula CA buat tak tahu je dulu..biasalah orang perempuan ni kan bab-bab kereta ni ambil ringan je. Dalam hati “alah, okay lagi ni. Sikit je retaknya” Tiba-tiba satu hari retak dia bertambah menjadi dua retak. Dah macam ranting dah retak nya bersambung. Masa ni pun wat lek wat pis dulu. Sekali tambah lagi satu retak yang hampir membentuk bulatan,apalagi…gelabah yakmat lah CA. Terus cakap dengan hubby, dia kata kena tukar cermin terus..tak boleh nak gam ke apa. Aduh..garu kepala CA..sebab tak ambil insurans cermin pun. Nasib ada emergency savings,so pencarian cermin murah pun bermulalah.

Mula-mula gigih menggoogle kedai cermin kereta murah. PM sana,wassap sini bertanyakan harga. Semuanya tak menepati citarasa CA. Kebanyakannya RM350-400 harga cermin double layer ori. Ada 1 kedai tu lagilah teruk harga.. RM400 untuk double layer ori, RM370 untuk double layer China.. Erkk!! tercekik mak nok,..itu harga cermin sahaja. Getah lain harga taw. Dalam nak give up tu terbaca lah entri seorang blogger ni,entri dia tahun 2010 taw..dia review tentang servis 1 kedai dekat seri kembangan ni Yap Cermin Auto. Jadi CA gigih la google nama Yap Cermin Auto ni, dan keluarlah fb Windscreen Sprecialist Yap Cermin Auto. Klik dekat fb “oh,aktif lagi page dia. Review pun banyak 5 star je. Bagus la ni..Kedai pun buka lagi” jadinya CA pun dengan semangat mesej la kedai ni tanya harga bagai.. dan staf kedai bagitahu sekarang tengah ada offer CNY, cermin iswara double layer ori cuma RM320 sahaja..tambah getah RM15. Getah atas wajib tukar ye u ols setiap kali windscreen ditukar ganti.

Tanya punya tanya dan puashati , CA pun ajak hubby tukar cermin. Rupanya kedai ni berdekatan Aeon Equine Park (pendek kata belakang bangunan Aeon tu lah) . Bangunan kedai yang banyak-banyak tu. Senang je carinya. CA pergi pagilah kan,dalam jam 10 lebih sampai. Sampai-sampai je staf kedai ni sambut dengan senyuman mesra,rasa best lah sebab orang layan kita baikkan.  CA cuma tukar windscreen dengan getah atas je. getah tepi pakai yang lama je,jimaatttt..hihi. Kalau nak tukar 1 set getah baru pun boleh,cuma RM50 sahaja. Tapi CA taknak,hubby mintak tambah tinted atas dalam 6 inci macam tu so tambah RM15 sahaja. Tokey dia bagi yang good quality punya, memang tak silau. Dalam menunggu sejam setengah jugaklah. Tapi tak apa, ada sofa untuk duduk tunggu,ada gula-gula atas meja habis anak CA ngap. Nasib tokey baik siap bagi limau plak tu.

Lepas tu kitorang tanyakan pula harga windscreen persona adik CA. Pun kes retak jugak. Harga windscreen persona double layer ori RM350 siap pasang tak termasuk getah taw. Oklah..murah jugak. Jumlah yang CA kena bayar Cermin RM320 + Getah atas RM15 + Tinted atas 6 inci RM15 : RM350 tepat. CA suka kedai ni sebab dia lekat balik kita punya roadtax,dan segala sticker kemas dan cantik. Pemasangan cermin juga kemas dan penerangan jelas. So CA kongsikan lah gambar-gambar yang sempat CA snap

1d18fc35-f8af-4cd6-a437-768d6e1616fa
Ini kedai nya( pic ni ambil dari fb pages diorang, CA lupa nak snap Smile with tongue out. Huhu
7a5648b5-5dc2-4dc4-9726-5ef1b267138e
Sewaktu kerja-kerja membuka windscreen kereta

836a13ca-9e07-47ca-ab5c-30b750b889af
Sewaktu meletakkan cermin baru

30b45184-c728-4192-b6e8-4bfdbd59ae4e
Pandangan dari tepi. ni dah siap pasang la ni

0632d4ca-5376-44da-8ed0-39ac4b9d83f2
Pandangan depan. Aduh smartnya lah dah tukar cermin baru. Tiba-tiba rasa macam pakai kereta baru..hihi.. Dah siap ni, tak boleh kena air satu hari,tak boleh bawa laju, 60-70km/j sahaja sebab gam baru nak lekat.

a7feac5d-3267-4e1c-a59e-d5ecee84d717
Ini details kedai taw, u ols boleh search je dekat fb or google nama YAP AUTO CERMIN. Keluarlah dia nanti. U ols boleh telefon diorang 0176634811. Janganlah pulak u ols whatsapp CA tanya harga cermin u ols..CA  tak ada jawapan. Kalau CA tokey boleh lah jawabkan..hihi

Nak jana side income?? Klik SINI

Eh,eh u ols..jomlah terjah media sosial CA

8 Februari 2018

Cara Mudah Naikkan HB Ibu Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t….
Hai u ols..entri kali ni CA nak sharing cara mudah dan berkesan untuk menaikkan HB ibu-ibu mengandung kat luar sana. Kalau mengandung ni paling risau kalau kena kencing manis,darah tinggi dan hemoglobin (HB) rendah kan. Untuk CA pula, setiap kali mengandung masalah yang sama adalah HB rendah. Untuk kandungan yang ketiga ni pun CA mengalami masalah yang sama. Masa 1st pregnancy CA amalkan Vitalea Shaklee untuk menaikkan HB, tapi untuk 2nd & 3rd pregnancy CA amalkan pengambilan Dianz Vitamin C & E. Sebenarnya tak tahu pun Dianz Vitamin ni boleh membantu naikkan HB.

Untuk kandungan ketiga ni, first trimester CA makan zinc yang doktor bagi tapi CA kalah sebab perut tak tahan pedih lepas makan zinc tu. Tapi HB tetap rendah. Jadi CA ambil keputusan untuk beli multivitamin dekat farmasi je. Alhamdulillah, naik lah sikit HB. Lepas tu baru teringat yang 2nd pregnancy dulu CA consume Dianz untuk naikkan HB. Almaklumlah banyak urat putus,pelupa sungguh. Kemudian, CA amalkan dianz, alhamdulillah HB naik cantik. Nurse pun cakap okay dah tiada masalah. HB cantik..hooray!! Seronok sangat. Kalau u ols tahu implikasi kurang HB tu mesti u ols pun gelabah macam CA.

Bahaya dan Risiko HB Rendah
a) Bahaya HB Rendah Kepada Ibu Hamil
  1. Ibu mudah pening dan pitam
  2. Pendarahan semasa hamil dan pendarahan teruk semasa bersalin
  3. Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko mengalami kegagalan jantung
  4. Sentiasa lemah dan mengantuk
  5. Jangkitan kuman
  6. Keguguran
  7. Kesukaran meneran semasa bersalin menyebabkan bayi lemas
b) Bahaya HB Rendah Kepada Bayi
  1. Bayi tidak terbentuk sempurna atau terbantut
  2. Berat bayi kurang
  3. Bayi lahir pramatang
  4. Meninggal dunia semasa sebelum/semasa dilahirkan (stillbirth)
  5. Fungsi otak bayi yang agak lembab
sumber : http://ummitiqah.com/bahaya-hb-rendah-hb-low-kepada-ibu-hamil-dan-bayi-dalam-kandungan/

Boleh tengok gambar kat bawah bacaan HB CA

20180208_095145
HB masa mula-mula cek,10.4 je

20180208_095204
HB ni selepas makan zinc yang doktor bagi..masih tak naik

20180208_095223
Ini HB selepas makan multivitamin yang beli kat farmasi. 
Bukan obimin taw,tapi multivitamin biasa. Naik lah jadi 10.8

20180208_09524120180208_095253
Okay,yang 2 result ni selepas consume dianz vitamin..cantik dah Smile

Lagi satu yang CA suka bila amalkan Dianz Vitamin ni..badan jadi bertenaga dan kulit muka CA yang jenis kering tu pun dah semakin lembap. Kalau tak,bila pakai bedak makin nampak kekeringannya. Sekarang tak lagi,suka pegang pipi ni haa lembut dan tak kering dah.

Tapi consume apa-apa vitamin pun kena amalkan minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Dekat bawah ni ada testimoni lagi ibu dan baby yang mengamalkan dianz sewaktu mengandung. Oh ye, ibu yang kencing manis tak boleh consume ye dianz ni.

12832414_1072664046127912_428821344692116915_n9151_1072664112794572_2973616702465186146_n

Kalau u ols berminat nak dapatkan Dianz Vitamin ni jangan segan-segan terus wassap CA ye www.wasap.my/60136999876 atau nak beli direct boleh singgah kedai shopee CA disini, sekarang ni Shopee belanja free postage taw. U ols cuma bayar harga barang je,pos shopee tanggung.. best kan? Tapi kalau beli direct dengan CA kena tambah postage ye sayang2 semua sebab dengan CA xde subsidi postage macam Shopee..hihi

5 Februari 2018

REVIEW SHOPPING DENGAN SHOPEE.MY

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Entri ni khas untuk yang tertanya2 okay ke shopping dengan shopee ni? Pada CA,okay sangat-sangat sebab dekat produk yang kita nak beli tu boleh tengok banyak feedback yg jujur dan telus dari pembeli sendiri. Hanya yang beli dari seller sahaja boleh comment taw,yang tak beli tak boleh nak comment.  Jadi xde isu fake buyers buat comment tipu utk up kan seller.

CA lagi suka beli dengan shopee dari Lazada,11street dll shop web. Sebabnya? Shopee beli barang RM30 keatas free pos taw..ada beberapa barang yg kena tambah postage tapi tak banyak pun..cuma tambah postage RM3-6 je. Cuma kalau order from china postage ada yang free ada yang kena tambah dalam RM10. Tapi still berbaloi dan murah dibandingkan beli tempat lain.

CA memang dah banyak sangat beli kat shopee ni dan so far semua barang sampai dengan jayanya dan Alhamdulillah okay semua. Tiada yang rosak..pendek kata puashati..sampai husband CA pun terjebak beli dengan shopee taw. Hehe..

Disebabkan CA sedang menunggu hari untuk bersalin jadinya banyak barang yang CA beli barang utk persediaan berpantang dan barang baby. So kat bawah ni CA up gambar sebahagian barang yang dibeli melalui shopee




Bengkung untuk berpantang..harga dia RM21 campur shipping..jadi lah RM24..okay lah kan..daripada poslaju 8 hengget..

Baby cradle..yang jenis boleh berayun punya dan ada kelambu. Yg ni harga dia RM 169.90..postage of course la free sebab lebih RM30 kan..


Rak ni CA letak kat dapur sebelah peti sejuk. Senang letak oven,blender,periuk bagai. Harga RM69. Tengok kat giant haritu sebiji macam ni harga dah seratus u ols..

 Haa..baju ni husband yang beli..dari china u ols..kalau kat sini seller ju beratus..yang ni berapa puluh jer..dua baju ni x RM80 lebih je termasuk pos ye sebab jauh dari china

Ini pad bersalin..murah lah dari kat kedai ibu dan anak..satu pek RM7 je..

Jadi pada yang ragu2 nak shopping dekat shopee tu boleh dah start order yang berkenan di hati. Cumanya kalau nak pilih seller kat shopee tu pilih yang banyak komen positif dan preffered by shopee sendiri. Kalau seller tu dah lama x online baik jangan pilih ye,kang dah bayar tunggu-tunggu tak sampai barangnya 😁

Kalau jenguk2 shopee tu meh la jenguk online shop CA sekali ye kat sini KEDAI CA