12 Februari 2020

PELAKON KOREA DRAMA GOBLIN GO SOO JUNG MENINGGAL DUNIA

Terkejut dan sedih CA bila dapat tahu bahawa artis Go Soo Jung telah pun meninggal dunia seawal usianya 25 tahun pada 7 Februari 2020 iaitu pada hari Jumaat lepas. Iya lah, orangnya cantik, muda dan berbakat malahan tidak pernah kedengaran yang beliau sakit. Tup, tup..berita kematiannya tersebar.

Sebelum ini Go Soo Jung pernah membintangi drama Goblin sebagai salah seorang hantu yang sering mengikuti watak Ji Eun-tak di dalam drama tersebut. Pastinya peminat Kpop amat bersedih diatas pemergian pelakon yang berbakat besar ini.

Dilaporkan kematiannya disebabkan oleh penyakit yang tidak diketahui. Mungkinkah sakit jantung? Hmm..sekarang ini tidak kira usia ajal bila-bila masa sahaja datang menjemput. Jadi bagi kita yang beragama Islam ni perlulah meningkatkan amal ibadat. Kpop, Kpop jugak ibadah jangan dilupakan

Semoga aktress korea ini bersemadi dengan aman




INGIN KURUS DENGAN CEPAT DAN TANPA BERLAPAR? YANG PASTI SELAMAT DAN HALAL. KLIK SINI

1 ulasan:

  1. what... padahal baru saja abis menyelesaikan drakor Goblin.. T_T

    BalasPadam