Pages

19 Februari 2016

Test entry dari android apps - Bloggeroid

Assalamualaikum, saja nak test app baru ni. Okay ke idok. Kalau okay lepas ni berblogging dimana-mana je la CA nampaknya. CA gunakan application yang didownload dari app store.


Nama app ini adalah bloggeroid. Okay,CA cuba masukkan gambar kat bawah ni. Nak tengok keluar ke tak sewaktu post. Jika u ols berjaya membaca entri ini bermakna apps ini akan tersimpan didalam henfon CA. Jika tidak,nyah kau dari henfon ku. Hehe

CA cuba download apps blogger tapi tak boleh nak add account lah pulak. Jadinya uninstall blogger dan install bloggeroid pula. Setakat ni features bloggeroid ini pada CA sangat mudah dan kemas. Harapannya semoga apps ini berjaya menawan hati CA. Cewah!


posted from Bloggeroid

18 Februari 2016

Makan Malam yang simple dan mudah


IMG20160217231409
Assalamualaikum w.b.t ,

Disebabkan malam tadi CA mempunyai tahap kemalasan yang tinggi,jadinya memasak pun jadi malas dan buat semudah yang boleh. Intai-intai peti ais ada lebihan petola yang tidak habis semalam,carrot dan ayam. “Hmm..bagus ni. boleh masak air je. Cincai,yang  penting perut kenyang”. Bermonolog lah CA sendirian sambil mengeluarkan bahan untuk dimasak.
Amaran!! Masakan ini adalah masakan orang malas. Sila jangan kecam CA hokey! Wee.. Winking smile

Jom kita tengok bahan-bahannya:

Sebatang carrot (CA guna saiz pendek je untuk sekali makan)
Setengah batang petola (dah siap siang dan potong)
2 ketul isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (ambil saiz yang kecil sahaja)
1/2 kiub ayam knor
Garam secukup rasa
Air mengikut kata hati Smile

Simple sahaja,meh nengok gambar pula. Malas CA nak bebel panjang-panjang untuk entri ini.

IMG20160217225040
Bahan-bahannya,simple je kan. Ready untuk dimasak

IMG20160217225245
Mula-mula tumis bawang dengan sedikit minyak. Minyak sikit sahaja ya sebab nanti ayam keluakan minyak dia juga. Dah tumis sampai naik bau,masukkan ayam dan sedikit air.

IMG20160217225424
 Lepastu masukkan carrot dan air kemudian biar kan seketika sampai ayam dah masak.

IMG20160217230849
Dah mendidih air masukkan pula petola dan biarkan sampai lembut sayurnya. Dah siap tutup api dan masukkan garam.

IMG20160217231317
Siap!! Ready to eat..nyum..nyum.. Suka anak-anak makan lauk cenggini,hirup kuah lagi..hehe

17 Februari 2016

REVIEW PRODUK FREE

Assalamualaikum w.b.t



Sebenarnya CA ni dah lama tak buat review. Selalunya buat review barang yang pakai sendiri sahaja. Tapi kali ni CA nak open buatkan review untuk sesiapa yang ada produk. Tapi minta maaf dulu ya bukan semua produk yang CA terima. Bergantung pada jenis produknya okay. Dan CA ni pulak blogger biasa-biasa sahaja tetapi kalau sesiapa yang nak review produk free boleh contact CA okay.

Review Easy Parcel - Kourier barang yang dipercayai. Okay ke tak?

Update terbaru 18/2/2020

Assalamualaikum w.b.t

Easy parcel? Apa itu easy parcel?? Untuk pengetahuan semua, easy parcel merupakan satu platform penghantaran barang/dokumen yang berkolaborasi dengan pelbagai syarikat kourier seperti Poslaju,Skynet,Nationwide Express,Airpak dan banyak lagi.

Oh ye, Easy Parcel ni hanya sesuai untuk mereka yang berbisnes dan parcel sekali hantar lebih dari 5 parcel dan barang yang besar-besar. Tak payah susah-susah heret barang pi pejabat pos. Nanti kourier akan datang pick-up. Kalau korang sekadar nak pos satu barang tak berbaloi ye, baik walk-in pejabat pos beli sampul pra-bayar tu then korang drop je dekat dropbox..lagi mudah. Bukan apa, kalau setakat 1 parcel selalunya kourier tak datang pick-up. Tengok jugak korang pilih kourier apa.

Untuk tahun 2020 ni lagi mudah menggunakan Easy parcel ni. Sebabnya?? Airway bill (AWB) cuma perlu print sehelai je berbanding tahun sebelum ni perlu print 2,3 keping. Lebih-lebih lagi sekarang ni dah ada Pgeon Point iaitu tempat untuk kita drop off parcel selain tunggu abam-abam kourier datang kutip dekat rumah. Antara Pgeon Point Easy Parcel ni 99 Speedmart,Cawangan Poslaju, MyNews.com,Caring Farmasi dan banyak lagilah..nanti u ols cek sendiri ye.


Dulu untuk topup kredit kena RM100  tetapi tahun ni paling minimum u ols boleh topup kredit easy parcel RM20 je. Setakat ni CA dah guna sebanyak RM326 untuk penghantaran parcel. Iaitu RM6 caj bagi satu parcel. Haa,jimat banyak kan. Kalau u ols jenis hari-hari keluar parcel segedebuk better ambil VIP pakej,lagi murah caj nya dan dapat flyers free taw.


Disini CA tunjukkan apa yang bestnya kita sign up dengan Easy Parcel ni.


Pendaftaran percuma, sebelum ni dapat RM25 free credit. Now dah takde promosi tu dah. Tapi jangan risau, u ols boleh topup akaun u ols serendah RM20 je. Dapat lah hantar 3-4 parcel kan. 


Langkah yang sangat mudah untuk gunakan easy parcel. Masukkan poskod pengirim dan penerima,berat parcel dan tekan qoute. Dia akan keluar servis kourier yang available dan kita pilih sahaja mana yang berkenan 

 



 Ada diskaun untuk 1kg keatas mengikut pakej topup yang kita ambil. Diskaun dari 5-10%. Jimat banyak! Sekarang ni pulak tengah promosi delivery bawah 2kg hanya RM5.80 jer..biar betul!!


 Ini antara harga penghantaran yang dicaj untuk parcel 3kg. Ini akaun CA ye. Sebab akaun CA biasa jadi caj pun standard rate je. Tapi pigeon tengah offer RM5.80 je untuk delivery. Untuk harga RM6 tu ada expired date taw,tengok pic bawah


Pakej topup RM100

Okay, nampak tak yang CA bulatkan tu. Untuk pakej topup RM300 ni u olz dapat harga caj delivery RM6 tapi selama 3 bulan sahaja. Lepas tempoh tu, rate delivery akan kembali biasa iaitu RM7.90


 Ini antara topup pakej yang disediakan easy parcel. Tengah promosi sekarang ini untuk pakej RM5k keatas dapat free credit RM750,maknanya kalau topup pakej ni,nanti dalam akaun dapat RM5750,pulak tu harga caj delivery RM5.90 tambah lagi 5% diskaun untuk parcel yang beratnya 5kg keatas taw. 



 Ini lah detail delivery parcel CA. Tengok dekat bawah kiri ada basic insuran.




Ini antara parcel customer CA yang dah berjaya dihantar. Semua history boleh cek dekat easy parcel



Boleh tengok maklumat yang kita gunakan samada dah berjaya hantar @ belum senang cek sini. Automatik easy parcel update kan


Yang lagi best sekarang ni Easy Parcel ada sediakan insurans RM50 untuk semua parcel. Premium coverage pun ada untuk parcel yang bernilai tinggi

Nak tengok harga u ols kena log in dulu taw,maknanya kena register dulu lah. Kalau tak register dan log in memang harga yang web paparkan mahal yakmat. Untuk u ols yang bisnes standard2 ikan bilis macam CA boleh lah topup RM100 . Tapi kalau bisnes yang standard2 jerung better topup RM1k, Yang bisnes standard2 paus putih tu elok sangatlah topup pakej RM5k keatas tu. Untung sangat taw,dapat flyers free lagi.


Berminat nak register easy parcel jugak? Sesuai sangat untuk yang berbisnes online tu. Klik sini
Kalau u ols nak tanya tentang easy parcel ni direct wasap CA ye kalau komen takut CA tak perasan
www.wasap.my/60176759849


Nak kurus dalam masa sebulan..boleh ke?


Assalamualaikum w.b.t

Mesti ramai kat luar sana insan-insan yang nak kurus cepat kan. Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap yang berisi pasti nak mendapatkan badan yang kurus dan ideal. Sekarang ini memang banyak tips-tips mudah untuk kurus seperti

1) Minum air suam + lemon setiap waktu pagi setiap hari (istiqomah hari-hari taw)

2) Minum air masak 2-3 liter setiap hari,jangan ambil minuman bergula (Untuk tempoh bulan pertama)
3) Minum teh hijau untuk detoks, almaklumlah macam-macam dalam perut tu kan
4) Kurangkan makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi,kentang dll
5) Jangan ambil minuman berais dan bergas (nanti perut buncit)
6) Jangan ambil minuman berkafein
7) Amalkan makan nasi dengan kuantiti segenggam. (Makanlah berapa kali sehari pastikan hanya segenggam)
8) Haramkan makanan bergoreng atau yang masak menggunakan minyak yang banyak! Nak juga boleh goreng guna air fryer (tak tahu sila google hokey)
9) Elakkan makanan bersantan dan berlemak. Nak makan juga? Kuantiti yang sedikit sahaja.
10) Makan protein dari rebusan dan panggang sahaja. (Ayam panggang, ikan rebus, ayam sup. Pastikan kurang garam dan minyak!)
11) Makan banyak hidangan sayur. Terbaik sayur stim atau rebus. Masak air pun sedap juga
12) Makanan segera macam jajan, McD, Kepci dan seangkatan dengannya mohon dikurangkan atau lebih baik tak payah langsung
13) Rajin-rajinlah puasa sunat Isnin dan Khamis. (waktu berbuka jangan bedal macam setahun tak makan plak,huhu..)


Haa, diatas adalah antara tips-tips yang dapat CA kongsikan untuk kurus tanpa bersenam dan ambil apa-apa suplemen. Nampak macam mudah tapi bukan senang ye nak kurus. Lebih-lebih lagi buat ibu yang breastfeed dan bekerja, memang cabaran nak kurus ni kan. Perempuan mana yang tidak mahu kelihatan kurus dan cantik. Nak beli baju pun mudah kan kalau badan kecil.

Ada lagi satu tips mudah CA nak bagi untuk kaum hawa yang nak kurus seawal 2 minggu sahaja. Jawapannya tengok sini . Memang semua ada dekat sini taw.

1 Februari 2016

KURUSKAN BADAN DALAM SEMINGGU?? MEH TENGOK SINI

Assalamualaikum w.b.t,

Haa,nak kuruskan badan dalam masa seminggu?? Siapa kata tak boleh? Dalam dunia ni tiada yang mustahil tanpa izinnya taw. Sebab apa tergesa-gesa nak kuruskan badan dalam masa seminggu?? Mungkin ada yang nak kahwin,baju dah fitting tiba-tiba berat naik dan baju tak muat pula kan.

Haa,tak kira lah apa alasan u ols nak kurus, CA ada caranya yang paling mudah dan senang. CA ada 3 produk yang dijamin berkesan tau u ols.

1st,kalau u ols jenis yang tak suka nak minum atau makan supplemen untuk kurus,ni haa CA ada Izeara Serum.. "sapu-sapu je kurus". Seriously CA suka pakai sebab serum ni tak panas,sejuk dan tak melekit taw.
 Artis pun guna. Enot lah puncanya artis pun guna serum ni sebab Enot dah turun berkilo-kilo dengan Izeara ni taw.
 Haa,akak ni plak hilang 10kg,best ke best??

 Lelaki pun pakai taw,memang berkesan


2nd produk plak bagi mereka yang suka shake-shake..Elite S7 memang berkesan..yang ni lagi power..moh nengok testi






  3rd produk ni untuk mereka yang malas nak sapu-sapu dan shake-shake..yang ni koyak terus sedut..nyum2..sedap pun sedap.. Ready to drink je yang ni. Memang terbaik sebab ianya terhasil daripada makanan sunnah taw.



Haa,semua ni CA ada jual taw. Nak lebih info produk mana yang sesuai dengan u ols dan bajet poket u ols meh pm CA. Nanti CA guide u ols untuk kurus dengan cepat mengikut bajet u ols taw.. Cepat wasap CA di +6018-2585520 atau wechat CA lagi senang iaitu id: ikanum