Pages

27 April 2017

Review Ebook Magnet Rezeki Tuan Fahmy Adam- Magnet Kekayaan Keluar Dari Belenggu Hutang dan Kemiskinan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t..




CA telah pun menamatkan pembacaan Ebok Magnet Rezeki yang telah ditulis oleh Tuan Fahmy Adam. Antara Sifu Zero Marketing yang CA sangat hormati. Walaupun simple tetapi ebook Tuan Fahmy sangat padat dengan info dan perkongsian ilmu yang sangat2 berguna.

Antara yang menarik mengenai Ebook Magnet Rezeki ini ialah kupasan mengenai Ya Razzaq,Maha Pemberi Rezeki. Pengertian rezeki yang difahami oleh kebanyakan orang adalah duit/kekayaan. Penerangan tentang apa sebenarnya itu rezeki memang membuka minda dan menyedarkan diri ini sebenarnya CA tersangat lah kaya dengan rezeki yang telah diberi olehNya. Terdapat hadis-hadis sahih yang dimasukkan berkenaan rezeki dan cerita-cerita para sahabat dan ulama-ulama yang sanagat menyentuh hati.

Tuan Fahmy juga ada mengulas mengenai konsep rezeki didalam ebook beliau ini. 



Rasulullah SAW bersabda :
"Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya
burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan
pulang petang hari dalam keadaan perut kenyang"
Hadis Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi & Al-Hakim


 Antara hadis berkenaan rezeki yang diberikan oleh Tuan Fahmy. Bukan itu sahaja, doa Langsai Hutang pun diberikan. Doa yang ringkas dengan makna yang sangat mendalam. Selain itu, Tuan Fahmy turut memberikan ilmu tentang pengurusan wang dan berikan Cashflow Kalkulator Bulanan.


Kalkulator khas untuk pembaca Ebook Magnet Rezeki

Sebenarnya terlalu banyak kalau CA nak bagitahu apa yang terdapat dalam Ebook setebal 152 muka surat ni. Apa kata u ols terjah PAGE ini dan kalau dah berkenan sangat u ols boleh order terus dekat SINI

In shaa Allah tidak rugi mendapatkan ilmu ini. Boleh berkongsi dengan ahli kekuarga juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan